seismik

Wanita Kena Scam Selepas Buat Tempahan, Terkejut Lihat Villa Yang Ditempah Tak Wujud

Dia telah membuat tempahan di sebuah aplikasi tempahan hotel terkenal.

Cover image via @ladsheer (X)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Merancang percutian awal sememangnya perlu untuk mengelakkan tempahan hotel daripada penuh

Tambahan lagi jika ahli keluarga kita ramai, memamg kadangkala susah nak cari tempat penginapan yang bersesuaian dengan bajet.

Kalau beli last minute pula nanti jadi mahal, jadi lebih baik tempah secara awal betul tak? Tak adalah kelam-kabut nanti.

Kebiasaannya, aplikasi tempahan hotel menjadi pilihan ramai untuk menempah kerana banyak pilihan dan diskaun menarik.

Namun, lain pula terjadi dengan wanita itu apabila tempahan yang dibuatnya tidak wujud.

Villa yang ditempah tak pernah wujud

Menerusi posting tersebut, seorang wanita di aplikasi X berkongsi dia pada awalnya telah menempah sebuah villa di aplikasi tempahan hotel terkenal.

Ia kerana wanita itu telah membuat perancangan untuk menginap di villa tersebut kerana mahu menyambut kepulangan ibunya yang baru pulang daripada mengerjakan umrah.

Tanpa meragui kewujudannya, dia terus membuat pembayaran tersebut. Selepas membuat pembayaran dia menerima mesej daripada tuan rumah tersebut dan memintanya untuk membayar pula RM300.

Tuan rumah tak balas sehingga tarikh nak check in

Dia kemudian menghubungi tuan rumah melalui pesanan WhatsApp untuk membuat permintaan masuk awal, tetapi lelaki itu tidak membalasnya.

Sehinggalah tarikh untuk check in, membuatkan dia risau dan terus mencari kesahihan villa tersebut. Dia terkejut selepas melihat villa yang ditempah rupa-rupanya tidak wujud dan ia adalah scam.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah ramai juga yang sudah terkena dengan penipuan ini.

Bagaimanapun, selepas membuat aduan menerusi e-mel, wanita itu akhirnya mendapat kembali jumlah wang yang ditempahnya melalui aplikasi tersebut.

Lihat posting itu di bawah:

Image via @ladsheer (X)
Image via @ladsheer (X)
Image via @ladsheer (X)
Image via @ladsheer (X)

Bahayanya macam ini, dalam aplikasi terkenal pun ada orang scam :(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: