seismik

Ditinggal Sehelai Sepinggang, Suami Kahwin Baru Sanggup Halau Isteri & Anak Keluar Rumah

Macam itu je dia halau.

Cover image via Abu Hamizan (Facebook) & The Jakarta Post (Gambar sekadar hiasan)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasangan mana saja yang mahu berpisah bukan? Tambahan lagi jika usia perkahwinan sudah lama dan mempunyai anak

Pastinya ia akan memberikan kesan yang besar terutama dalam hidup anak-anak. Jadi, adalah lebih baik jika pasangan itu berpisah secara baik demi anak-anak. 

Malah, isteri mana saja yang sanggup untuk melihat suaminya berkahwin lain bukan? Tentu perit rasanya.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian apabila seorang wanita bersama anaknya terpaksa tidur di sebuah masjid selepas dihalau suaminya.

Suami halau keluarga lepas kahwin baru

Menerusi sebuah perkongsian di Facebook, individu yang dikenali sebagai Abu Hamizan itu memberitahu seorang wanita bersama dua anaknya telah datang ke masjid untuk meminta izin tidur di situ.

Individu berkenaan kemudiannya bertanya mengenai suaminya dan mengapa dia perlu tidur di masjid. Jawapannya lantas mengejutkan individu tersebut yang tidak menyangka perkara itu.

"Jawapannya membuatkan saya terdiam seketika, Kata ibu ini dia baru di halau dari rumah sewanya, suaminya pula selepas kahwin baru langsung tak ambil kisah pasal keluarga, Subhanallah.

"Dia pula tiada tempat untuk minta pertolongan memandangkan ahli keluarganya tinggal di selangor," tulisnya.

Dihalau sehelai sepinggang tanpa duit

Menurut wanita berkenaan dia dihalau dari rumah tanpa sebarang wang dan makanan. Sedih melihat keadaan wanita itu, individu tersebut telah menghulurkan bantuan mana yang mampu.

"Sebelum saya beredar untuk pulang, Saya cuba bantu sekadar yang termampu, Dia minta izin untuk gunakan sedikit wang sumbangan untuk beli tiket bas dan bakinya untuk makan.

"Syukur la kalian yang masih ada tempat tidur,yang masih ada duit untuk berbelanja, yang masih mampu tersenyum dengan segala macam nikmat yang Allah kurniakan," tulisnya.

Lihat perkongsian penuh itu di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: