seismik

Will Smith Kongsi Pengalaman Membaca Al-Quran Di Bulan Ramadan - "Penerangannya Jelas"

Semoga satu hari nanti dia dibukakan pintu hati untuk terima hidayah.

Cover image via @mbcmasrtv (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Amerika Syarikat, Will Smith baru-baru ini telah berkongsi pengalamannya selepas dia membaca kitab suci al-Quran pada Ramadan lalu

Bintang Hollywood itu berkongsi ceritanya di Big Time Podcast yang dihoskan oleh wartawan Mesir Amr Adeeb, sambil menyatakan bahawa dia telah membaca al-Quran dari awal hingga akhir.

Will Smith telah menyifatkan al-Quran sebagai penerangan yang "jelas" dan mengatakan kitab suci umat Islam itu sukar untuk disalah faham.

“Saya suka kesederhanaan, al-Quran begitu jelas, ia adalah jernih. Sukar untuk disalah faham,” katanya.

Menurutnya, dia telah membaca kitab suci dua agama Ibrahim yang lain, Yahudi dan Kristian, menambah bahawa dia terkejut melihat betapa saling berkaitan tiga kitab suci berkenaan iaitu al-Quran, Taurat dan Bible.

Tekankan bahawa kisah nabi Musa memberi kesan positif kepadanya

Tambahnya, apa yang paling memberi impak pada dirinya adalah selepas membaca kisah nabi Musa.

"Saya kagum melihat banyak rujukan tentang Nabi Musa dalam al-Quran," katanya.

Semasa temu bual, pelakon terkenal itu mendalami topik yang berbeza, berkongsi cerita peribadi dan pandangan tentang topik yang berbeza.

Mana tahu satu hari nanti dia dapat hidayah kan? :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: