seismik

Dapur Gas Meletup Masa Makan Steamboat, Kulit Keluarga Ini Habis Terbakar & Melecur

Ya Allah, kesiannya. Harap ada tindakan pasal ini.

Cover image via Facebook

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pasti dekat sini ramai yang pernah makan steamboat bukan?

Kebiasaannya, satu tong gas kecil akan diberikan kepada pelanggan untuk mereka masak sendiri.

Semasa periuk dikekalkan panas, bahan-bahan makanan dimasukkan ke dalam periuk dan dimasak di atas meja.

Hidangan steamboat biasanya adalah hirisan daging, sayur daun, cendawan, makanan laut dan banyak lagi. Makanan yang dimasak biasanya dimakan dengan sos.

Baru-baru ini, tular apabila sebuah keluarga mengalami kecederaan teruk selepas menjamu selera di sebuah kedai steamboat.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Eatigo

Badan habis melecur selepas dapur gas meletup

Menerusi perkongsian yang dimuat naik, mangsa pada awalnya memberitahu dia dan keluarga pada masa itu sedang menikmati makanan secara steamboat di sebuah restoran.

Namun, sedang asyik memasak tiba-tiba dapur gas steamboat tersebut meletup membuatkan dia dan ahli keluarganya habis terkena percikkan api dan minyak panas.

Akibatnya habis mereka sekeluarga melecur kebakaran dan terpaksa dirujuk ke hospital untuk rawatan selanjutnya.

Ketika dihubungi Seismik, mangsa memberitahu keluarganya telah menghubungi pihak kedai, namun masih tiada respon daripada mereka. Malah, ia masih beroperasi seperti biasa.

Laporan polis telah dibuat pada 16/1/2024 yang lalu.

Image via Facebook

Teruk habis tu, semoga ada keadilan buat keluarga ini.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: