"Hari Bertuah Awak" - Shuib Dipuji Ramai, Beri RM250 Pada Rider Lepas Jawab Soalan Ramadan
Soalannya pun mudah je nak jawab. Rezeki awak.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang mengenali pelaawak dan usahawan terkenal Shuib Sepahtu betul tak?
Boleh dikatakan beliau merupakan salah seorang usahawan yang berjaya buat masa ini. Perniagaannya juga semakin mengembang ke seluruh negeri.
Banyak konten di media sosial kita dapat lihat perkongsian dari Shuib ini.
Baru-baru ini, Shuib menarik perhatian ramai kerana mendermakan kepada seorang rider selepas dia dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan.
Sifatkan ia adalah rezeki buat individu itu
Menerusi video tersebut, Shuib berkongsi semasa itu dia telah memesan seorang rider untuk menghantarkan barangnya.
Namun, dia kemudian bertanyakan pada rider tersebut sama ada bolehkah dia menjawab beberapa soalan yang diberikan.
Soalan yang diberikan Shuib adalah berkaitan puasa dan jika pemuda itu dapat menjawab dia akan memberikan wang.
Di akhir video, pemuda itu dapat menjawab kesemua soalan yang diberikan dan mendapat jumlah RM250. Ditolak dengan harga penghantaran barang yang berharga RM12, jadi pemuda itu menerima jumlah RM238 daripada Shuib.
Shuib juga menyifatkan ia adalah rezeki buat pemuda berkenaan.
"Setiap hari semua orang takkan sama.Tapi hari yang ni adalah hari bertuah awak bro!," tulisnya.
Ramai puji Shuib beri 'sedekah' pada pemuda berkenaan
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati ramai memuji Shuib atas tindakannya itu dan menganggap ia adalah rezeki pemuda tersebut.
"Shuib ada lagi tak sambal hitam yang nak dihantar? akak available sepanjang ramadhan ni, semua soalan tu insyaallah akak lepas," kata seorang netizen.
"Murahnya rezeki Shuib sama macam arwah Sarah suka bersedekah," kata seorang lagi netizen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!