seismik

Android Player Dalam Kereta Kena Rompak, Reaksi 'Chill' Tuan Badan Jadi Tumpuan

Macam-macam orang nak rompak sekarang.

Cover image via @surih4ti (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Zaman sekarang, pelbagai jenayah boleh berlaku tidak mengira di mana anda berada

Ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja termasuklah dewasa, kanak-kanak, dan warga emas tanpa mengira umur dan jantina.

Salah satu kes jenayah yang sering berlaku adalah kes pecah masuk kenderaan dan ini sememangnya menimbulkan kerisauan ramai. Cuba bayangkan walaupun anda telah kunci kereta yang telah diparkir tetapi apabila pulang ke kereta, habis kereta anda dipecahkan. Pasti rasa panik dan sedih melihatnya bukan?

Baru-baru ini, seorang gadis di laman TikTok berkongsi kejadian selepas keretanya dipecah masuk oleh seseorang.

Perompak curi android player pada kereta

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis berkenaan berkongsi kejadian selepas keretanya dipecah masuk.

Dapat dilihat, cermin kereta dibahagian penumpang depan habis pecah dek kerana si perompak yang mencuri android player di dalam keretanya.

Namun, reaksinya yang dilihat tenang pula menjadi perhatian ramai. Menurutnya, perkara itu sudah terjadi dan tidak mampu dilakukan apa-apa lagi.

"Benda dah jadi I dah tak boleh persoalkan dah," katanya.

Tambahnya, semasa dia membuat laporan polis, dia adalah mangsa kedua pada hari itu kereta dipecah masuk dan hilang android player.

Lihat video itu di bawah:

Tenang je dia lepas tengok kereta macam tu, kalau admin tak tahulah macam mana :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: