seismik

"Kejam" - Kulit Kanak-Kanak Di Gaza Habis Melecur Selepas Rumah Dibom Tentera Zionis

Ya Allah kesiannya tengok.

Cover image via Sinar Harian & @eye.on.palestine (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kekejaman tentera Zionis membedil bom terus dirasai oleh rakyat di Gaza

Walaupun ia sudah masuk bulan Ramadan, mereka masih tidak mendapat peluang untuk menyambutnya dengan tenang selepas satu persatu rumah di sana dibom.

Banyak perkongsian keadaan di sana dikongsikan di media sosial yang tentu menyayat hati kita. Tidak kira tua atau muda, nyawa mereka boleh melayang bila-bila masa saja.

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak perempuan terpaksa menanggung kesakitan selepas dibeli oleh tentera Zionis sehingga mengakibatkan kulitnya melecur.

Image via HRW

Rumah habis dibom, terpaksa menahan kesakitan kerana tiada rawatan

Menerusi video tersebut, kanak-kanak perempuan bernama Saja Junaid terpaksa menahan kesakitan akibat dibom tentera zionis selepas hospital tidak dapat merawatnya kerana tidak beroperasi.

Hal ini kerana, banyak hospital juga telah dibom dan mereka kurang alatan dan ubatan untuk merawat pesakit.

Apa yang lebih menyedihkan adalah bapanya terpaksa keluar mencari makanan selepas dia dan anak perempuannya tidak makan selama tiga hari, dan mencari rawatan, yang tidak terdapat di mana-mana hospital-hospital dalam sektor yang telah tidak beroperasi selama berbulan-bulan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: