[VIDEO] Tular Wanita Bukan Islam Masuk Masjid Tegur Bilal, Dakwa Suara Ganggu Kejiranan
Pihak masjid merancang mengadakan pertemuan kedua-dua belah pihak mengenai wanita itu.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, tular sebuah video selepas seorang wanita bukan Islam yang memasuki sebuah masjid dan menegur seorang bilal
Difahamkan, kejadian berlaku pada pukul 10 malam pada 12 Mac lalu, apabila seorang wanita dengan berpakaian tidak menutup aurat telah bertanyakan kepada seorang jemaah mengenai suara bacaan bilal serta imam terlalu kuat sehingga mengganggu kejiranan.
Menurut Pengerusi Kariah Masjid Jamek Ar-Rahman Batu Feringghi, Ismail Din berkata, wanita berkenaan telah datang sendirian dan kebetulan ketika itu kebanyakan jemaah melakukan solat sunat witir serta hampir selesai.
"Pada mulanya saya tidak mahu panjangkan hal berkenaan namun apabila insiden itu tular di media sosial, pihak pengurusan masjid terpaksa membuat laporan polis bagi mengelak kejadian yang sama berulang.
"Laporan polis sudah dibuat dan waris wanita itu juga sudah menghubungi saya, jadi semua tindakan kami serah kepada polis," katanya kepada sumber.
Kakak dakwa adiknya ada masalah mental
Difahamkan, ia adalah kali ketiga wanita berkenaan meluahkan rasa tidak puas hatinya dimana sebelum ini dilakukan menerusi kiriman surat kepada pihak masjid.
Malah, wanita terbabit mendakwa laungan azan Subuh di masjid itu mengganggu jiran yang sedang tidur.
Menurut Ismail, dia juga turut dihubungi kakak kepada wanita itu dan mendakwa adiknya memang mempunyai masalah kesihatan berkaitan mental selepas pulang dari luar negara.
"Wanita itu mendakwa adiknya sebelum ini seorang yang taat kepada agama dan sering menaja individu bagi menunaikan umrah. Dia kemudian menetap di London sebelum mengalami gangguan kesihatan mental sebaik pulang ke tanah air," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!