[VIDEO] Individu Kesal Terima Nasi Ayam Berlendir Selepas Beli Di Bazar Ramadan
Kesian dia tak boleh nak makan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bazar Ramadan sememangnya menjadi tumpuan ketika di bulan puasa
Iyalah, bukan selalu nak dapat makanan yang dijual di bazar Ramadan ini. Ada sesetengah makanan yang hanya ada semasa bulan puasa saja.
Pastinya kita mengharapkan kualiti makanan di bazar yang sedap dan bersih. Tambahan lagi jika harga makanannya mahal. Tentu kita mengharapkan yang lebih.
Namun, kadang kala nasib tidak menyebelahi kita. Seperti video yang tular ini apabila seorang individu kesal dengan kualiti makanan yang diterimanya.
Tak sempat makan nasi sebab dah berlendir dan basi
Menerusi video tersebut, kelihatan seorang wanita meluahkan rasa kecewanya terhadap peniaga makanan yang dibelinya.
Dapat dilihat dia membeli nasi ayam sebagai juadah berbuka puasa. Namun, belum sempat dia makan, dia merasa nasi itu berlendir dan seperti sudah basi.
Perkara itu membuatkan dia tidak sempat memakannya dan menegur peniaga berkenaan agar menjaga kualiti makanan selepas ini.
"Asal kau berniaga macam ni, Ya Allah terkilannya. Bukan apa kalau orang susah macam mana, makan benda macam ni," katanya.
"Sebab tu aku prefer beli makanan yang dia buat panas-panas dekat sana" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada berkongsi pengalaman sama mereka.
"Tak berani dah beli Kat bazar sekarang. Akan pegi Beli kuih dgn lauk dekat kedai makan yg familiar saja," kata seorang netizen.
"I ni dah hari ke-2 MC sebab food posioning makan jelly kelapa. Seksa," kata seorang lagi netizen.
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 159.8K views, 245 repost dan 337 likes di laman X.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!