seismik

Ramai Dakwa Harga Kopiah Mahal Sampai Cecah RM75, Peniaga Jelas Sebab Letak Harga Begitu

Bagi korang okay ke tak harganya?

Cover image via @beymad_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam Islam, kopiah atau ketayap merujuk kepada sejenis penutup kepala

Menutup kepala bagi lelaki hukumnya sunat, dan memakai kopiah adalah salah satu cara yang mudah. Ia adalah sunat dan juga merupakan sunnah Rasulullah SAW.

Di Malaysia, banyak saja kedai yang menjual pelbagai jenis material kopiah ini. Ia boleh didapaiti dengan mudah. Malah, ia juga menjadi pilihan para lelaki untuk memakai semasa melakukan solat. Harganya pula berbeza-beza mengikut jenis.

Namun, baru-baru ini tular apabila seorang peniaga dikecam kerana meletakkan harga kopiah yang agak mahal.

Jelaskan sebab letak harga seperti itu

Menurut peniaga itu, kopiah tersebut bukan seperti kopiah biasa yang dijual di pasaran. Dia memberitahu kopiahnya mempunyai kualiti yang baik.

"Saya pakai kopiah daripada kecil lagi, saya memang tahu setiap kualiti kopiah macam mana. Kopiah ini ada 13 lapisan. Dia bukan jenis lipat-lipat, dia memang jenis terletak macam ini.

"Kita tak boleh lenyek-lenyekkanya. Bila pakai memang tak sakit kepala atau ketat. Kalau you nak beli you beli, kalau you tak nak beli sudah," jelasnya.

"Murah dah ni, pernah beli RM130, tapi sedaplah pakai selesa" - Netizen

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka selepas melihatnya.

"Nak pakai buat solat mahal tak ada masalah," kata seorang netizen.

"Betul setiap kopiah memang berbeza ada yang lembik ada yang keras, kadang-kadang yang lembik pakai tak sedap," kata seorang lagi netizen.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 459.8K views, 32.3K likes dan 475 comments di TikTok.

Lihat video itu di bawah:

@beymad_ Membalas kepada @Budak baik Epic Inspiration - DM Production

Ikut kemampuan masing-masing, mesti kualiti dia pun berbeza tu ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: