Jemaah Wanita Solat Di Masjid Tak Rapatkan Saf Jadi Perdebatan - "Benda Basic Kak"
Mana boleh macam ini.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain mendapat pahala berganda, solat secara berjemaah tentunya mempunyai banyak manfaat buat diri kita
Malah, solat berjemaah yang dilakukan di masjid adalah lebih baik. Ia juga lebih menetapi tujuan solat jemaahnya itu diperintahkan iaitu memupuk kasih sayang dan penyatuan antara muslim.
Jika solat berjemaah kita haruslah menjaga saf kita. Merapatkan saf bererti menyekat syaitan daripada mengganggu orang yang sedang solat.
Namun, baru-baru ini tular sebuah gambar memaparkan saf solat wanita di sebuah masjid yang menjadi perdebatan ramai.
Saf dibiarkan kosong sana sini
Menerusi sebuah posting di laman X, akaun itu meluahkan rasa kecewanya selepas sahaja melihat gambar solat berjemaah di bahagian wanita.
Gambar itu menunjukkan jemaah wanita di situ dengan 'sesuka hati' tidak merapatkan saf sehingga membiarkan ia kosong sana sini.
"Orang nak jemaah awak nak jemaah tapi jahil dan keras kepala. Bende basic kak, kau jemaah, kau rapatkan saf bukan ikut kepala sendiri. Sebelah kanan kau kosong kau gerak ke kanan. Kau nampak depan kosong kau gerak lah ke depan," tulis akaun itu.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!