seismik

Polis Cari Pemilik Bagasi Berisi RM500,000 'Tertinggal' Di Sebuah Pusat Beli-Belah

Polis berkata wang itu akan diserahkan kepada mahkamah jika tiada sesiapa tampil menuntutnya.

Cover image via Berita Harian & Kosmo

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat beli-belah di Damansara tidak menyangka bagasi yang ditemui di tempat meletak kenderaan berisi wang tunai melebihi RM500,000

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya menerima laporan semalam berkaitan penemuan sebuah bagasi berwarna merah jambu dan putih bersaiz sederhana kira-kira jam 8 pagi.

Hasil dari pengiraan mendapati beg itu berisi wang kertas RM50 dan RM100 dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.

"Kita percaya wang berkenaan adalah tulen. Bagaimanapun kita akan sahkan dengan Bank Negara Malaysia (BNM).

"Justeru, kita minta mana-mana individu yang ada tertinggal bagasi berisi wang lebih RM500,000 untuk tampil ke Balai Polis Petaling Jaya atau menghubungi 03-79662222," katanya.

Image via Berita Harian

Malah, polis juga sudah meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat beli-belah berkenaan namun tidak memfokus kepada lokasi bagasi tersebut ditemukan.

Susulan daripada itu, pihak polis akan membuka siasatan di bawah kertas inkuiri polis berkaitan penemuan wang tersebut.

Tambahnya, jika pemilik ingin menuntut wang berkenaan, mereka perlu membawa bukti-bukti berkaitan.

Bagaimanapun sekiranya ia tidak dituntut, wang itu akan serahkan kepada pihak mahkamah untuk tindakan selanjutnya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: