[VIDEO] Satu Keluarga Turun Sambut Kepulangan Bapa Sempena Hari Terakhir Jadi Pilot MAS
Selamat bersara!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Bekerja sebagai seorang juruterbang bukanlah perkara mudah dan boleh dilakukan semua orang
Anda perlu mempunyai ilmu pengetahuan tinggi serta latihan yang cukup sebelum boleh menerbangkan sesebuah pesawat.
Walaupun pekerjaan ini dilihat gah dimata orang ramai, namun banyak juga risiko yang perlu dihadapi. Terutama tugas sebagai juruterbang.
Anda juga perlu mengorbankan masa bersama keluarga demi melakukan tugas. Iyalah, pastinya anda akan berpeluang untuk menerokai seluruh dunia. Namun, ia semua kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan.
Baru-baru ini, seorang wanita berkongsi momen indah menyambut kepulangan terakhir bapanya sebagai juruterbang mencuri perhatian.
Bersara selepas 25 tahun bekerja sebagai juruterbang
Menerusi video akaun @rdhhaz di TikTok, wanita berkenaan berkongsi momen manis dia dan keluarga setibanya di lapangan terbang Kuala Lumpur.
Difahamkan, mereka semua berkumpul untuk menyambut kepulangan bapa mereka yang merupakan hari terakhir bekerja sebagai juruterbang selepas 35 tahun.
Mereka juga membuat kejutan dengan menulis banner 'Happy retirement' membuatkan bapanya tersenyum melihatnya.
" Mesti dia rindu gila nak fly pasni, happy retire pak cik" - Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut mengucapkan selamat bersara dan memberikan pelbagai reaksi mereka.
"Kenapa ayah orang lain yang retired kita yang nak nangis ni. Happy retirement uncle! ," kata seorang netizen.
"I have a huge respect dekat this family, everyone is so humble, behind a succesful man is a good wife yang jaga his family," kata seorang lagi netizen.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!