seismik

Peniaga Dedah Kenapa Harga Di Bazar TTDI 'Cekik Darah', Ada Makanan Yang Jual Tak Fresh

Tak baik berniaga macam itu.

Cover image via @pokteh_racing3 (TikTok) & New Straits Times

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bazar Ramadan sering menjadi pilihan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai juadah semasa bulan puasa ini

Tambahan lagi, buat yang tidak sempat untuk memasak kerana kesibukan kerja dan sebagainya. Membeli makanan di bazar adalah solusi yang terbaik.

Namun, banyak kita boleh lihat orang ramai berkongsi di media sosial tentang kualiti makanan di bazar Ramadan yang sangat teruk. Harganya juga ada yang dijual tidak masuk akal.

Baru-baru ini, tular video memaparkan seorang peniaga lelaki yang mendedahkan disebalik 'perangai' buruk peniaga bazar Ramadan.

Image via Ninja Housewife

Dakwa bazar TTDI hanya untuk golongan 'kayangan'

Menerusi video tersebut, lelaki itu memberitahu bazar TTDI banyak menjual harga yang boleh dikatakan melampau.

Dia memberitahu kebanyakan makanan seperti lauk-pauk sebenarnya adalah baki daripada lebihan semalam.

Malah, dia juga menambah bagaimana dia tahu semua itu, hal itu kerana dia adalah seorang chef. Namun, bukanlah semua makanan lebihan semalam dijual di situ, ada yang memang dijual fresh seperti roti john dan burger.

"Kepada semua orang yang masuk bazar TTDI, kau tahu tak yang mana lauk-pauk tu kau ingat kau beli barang tu fresh? kau tahu tak tu yang semalam punya, tak semua tapi aku pergi ronda aku tengok banyak yang semalam punya, dia perangatkan balik. Macam mana aku tahu boleh tahu? sebab aku chef.

"Macam lauk-lauk yang tak melibatkan santan, itu semua semalam punya. Kalau kau nak tengok color tu clear itu baru masak tapi kalau pekat itu perangat balik. Lagi-lagi yang jenis sambal-sambal ni," jelasnya.

Korang ada pilihan sendiri, beli lah ikut kemampuan bukan nafsu ya ;)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: