seismik

Lelaki Bengang Lihat Warga Asing Bebas Berniaga Makanan Tanpa Lesen Jualan Sah

Difahamkan, DBKL telah pun membuat sitaan selepas menerima laporan itu.

Cover image via @firdausbabh87 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di Malaysia, untuk memulakan sesuatu perniagaaan, individu perlulah mempunyai lesen berniaga yang sah

Tidak kiralah barangan ataupun makanan. Hal ini bagi mengelakkan daripada kedai disita daripada pihak penguatkuasa.

Namun, kita boleh lihat sekarang ramai warga asing mula 'naik kepala' dengan membuat perniagaan tanpa lesen yang sah.

Perkara itu turut dikongsikan oleh seorang lelaki yang meluahkan rasa marahnya selepas melihat warga asing yang menjual makanan di tepi jalan dengan selambanya.

Menerusi video tersebut, difahamkan lelaki berkenaan berada di kawasan Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur selepas dia melihat warga asing di situ yang bebas berniaga.

Apa yang membuatkan dia marah adalah mereka berniaga tanpa lesen perniagaan yang sah.

DBKL telah membuat sitaan kepada penjaja bukan warganegara

DBKL di laman Facebook berkongsi telah melakukan sitaan selepas tularnya isu itu di media sosial.

Dalam ciapan itu, DBKL memberitahu mereka telah menjalankan tindakan sitaan terhadap penjaja bukan warganegara yang menjalankan perniagaan menjual martabak di Jalan Tasik Selatan, Bandar Tun Razak.

Antara barangan yang disita adalah 1 unit tong gas, 1 unit dapur gas, 1 unit meja lipat, 1 unit khemah 8x8 dan 1 unit kuali bulat.

Kesemua barang sitaan telah dihantar di Setor Sitaan DBKL, Jalan Lombong, Taman Miharha Kuala Lumpur.

Lihat video itu di bawah:

@firdausbabh87 Sebelah rumah polis bandar tasek selatan. Rohingnya bebas berniaga lebih 10 hari. DBKL Pekak Buta Bisu Tak nampak.#fypviral #fyppppppppppppppppppppppp #fyyyyyyyyyypppppppppppppp #fyp #duitkeluaar #pm #dbkl original sound - faizalmurad - Faizalmurad

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: