seismik

Cikgu Tunaikan Permintaan Anak-Anak Murid Nak Iftar Di Rumah, Siap Dengan Pakej Tidur

Sporting betul cikgu dia.

Cover image via @cikgupaan92 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Di sekolah, guru-guru ini ibarat ibu bapa yang sedang mengajar anak-anak

Oleh itu, pentingnya menghormati mereka kerana barulah dapat keberkatan dalam pembelajaran. Tambahan lagi, jika dapat guru yang rapat dengan kita, pasti seronok rasanya.

Situasi itu sama seperti video di TikTok ini apabila seorang guru menunaikan permintaan anak-anak muridnya yang dilhat sangat rapat.

Anak murid minta nak iftar di rumah, siap nak tidur sekali

Menerusi video tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Cikgu Paan itu berkongsi apabila anak-anak muridnya meminta untuk berbuka puasa bersama di rumahnya.

Bukan itu saja, mereka juga meminta bolehkah untuk tidur sekali di rumah cikgu berkenaan. Permintaan mereka itu, ditunaikan Cikgu Paan yang kemudiannya membawa mereka pulang ke rumahnya.

Dapat dilihat, semuanya dilakukan bersama daripada iftar, tarawih sehinggalah ke sahur. Cikgu Paan siap mengejutkan seorang demi seorang.

Difahamkan, cikgu berkenaan telah pun berkahwin dan mempunyai dia orang anak. Semua juadah di lakukan oleh isteri tercintanya.

Lihat video itu di bawah:

@cikgupaan92

Cikgu, bila nak ajak kami berbuka di rumah cikgu (2023)? Okay baik (2024)

Nas Teshbehlena - Maher Zain

Mesti sampai besar mereka ingat kenangan ni :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: