Suka 'Letup-Letup' Tangan? Doktor Jelas Apa Kesan Pada Jangka Masa Panjang
Tapi best kan letup-letupkan tangan ni.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pasti ramai di sini yang suka untuk 'letup-letupkan' bunyi pada tulang bukan?
Tak kiralah di bahagian tangan, pinggang, kaki atau sebagainya. Tak dinafikan memang seronok dan puas rasanya dapat letupkan tulang kita ini.
Namun, tahukah anda disebalik kelakuan ini sebenarnya terdapat kesan yang buruk pada diri kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang doktor pakar tulang menjelaskan keburukan meletupkan tulang.
Akan beri kesan panjang kemudian hari
Menerusi akaun di TikTok @drzahir.ortho, beliau menjelaskan ramai di antara kita yang suka untuk meletup-letupkan tulang terutama di bahagian jari.
Beliau memberitahu sebenarnya tabiat itu boleh mendatangkan kesan buruk pada masa akan datang.
"Apakah kesan dia? Apabila kita menggunakan atau menggerakkan sendi itu dalam sudut yang keterlaluan untuk mendapatkan bunyi-bunyian pada peringkat usia yang awal.
"Pada jangka masa yang panjang akhirnya sama juga ia akan menyebabkan wear and tear ataupun kecederaan yang berterusan," katanya.
Menurutnya, bila di hari tua kelak anda mungkin akan mengalami kejung, kerosakan tulang dan sebagainya termasuklah kesakitan pada keliling sendi yang akan mudah tercedera.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!