Pemain Skuasy Negara Sivasangari Cipta Sejarah Tewaskan Pemain Ranking Nombor 2 Di Dunia
Tahniah diucapkan!
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pemain skuasy wanita negara, S Sivasangari terus mencipta kejutan apabila menewaskan Hania El Hammamy dari Mesir yang juga pemain di ranking ke-2 dunia untuk menjuarai Klasik London 2024
Pada aksi final itu, Sivasangari mempamerkan aksi penuh konsisten sepanjang kejohanan bertaraf emas itu.
Beliau berjaya menewaskan Hania 3-2 dalam tempoh 81 minit yang berlangsung di Alexandra Palace London.
Lebih membanggakan lagi, Sivasangari mencipta sejarah tersendiri selepas melakar kejuaraan pertamanya dalam kejohanan bertaraf emas.
Beliau turut melakar kejutan ke atas beberapa nama tersohor seperti pemain nombor satu dunia dari Mesir, Nour El Sherbini di suku akhir, nombor empat dunia dari Belgium, Nele Gilis (separuh akhir) dan Hania di pentas final.
Bangga aksi yang ditampilkan pada kejohanan ini
Menerusi laporan, Sivasangari yang kini melonjak ke ranking ke-13 dunia bangkit memenangi set ketiga 13-11 sebelum pilihan kedua kejohanan dari Mesir itu kembali menyamakan kedudukan kepada 2-2 selepas melakar kemenangan 14-12.
Beliau kini membuktikan dirinya kini berada di tahap prestasi terbaik apabila meninggalkan jauh lawannya di awal set kelima namun, Hania kembali menunjukkan kebangkitan pada saat akhir yang membuatkan perlawanan menjadi begitu dramatik.
"Tidak tahu bagaimana untuk buat menggambarkannya tetapi aksi saya sepanjang minggu ini (cukup baik), menewaskan pemain kelompok 10 teratas dunia sebanyak tiga kali. Saya gembira dengan kemenangan ini," katanya
Untuk rekod, kemenangan itu membolehkan Sivasangari membawa pulang hadiah wang tunai AS$17,598 (RM83,141).
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!