Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Dakwa Dihina Ketika Perbaharui Pasport Anaknya Sebab Tak Pandai Cakap Bahasa Melayu

Difahamkan, wanita itu dan anaknya menerima pendidikan di Singapura.

Cover image via Christine Ng (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular posting di Facebook yang memaparkan seorang wanita berbangsa Cina dakwa dihina semasa memperbaharui pasportnya

Wanita itu didakwa pernah dihina sebanyak dua kali termasuk insiden baru-baru ini. Dia ingin memperbaharui pasport anak perempuannya di salah sebuah cawangan UTC berdekatan negeri Johor.

Dia dan anaknya tiba di pejabat imigresen pada jam 8 pagi, kemudian setelah menunggu untuk mengambil nombor giliran, akhirnya mereka berdua dipanggil pada jam 9 pagi.

Salah seorang pegawai lelaki bertugas bertanya berapa umur anaknya, disebabkan anaknya tidak fasih berbahasa Melayu kerana menerima pendidikan di Singapura, dia menjawab dalam bahasa Inggeris. "Fourteen", katanya. Difahamkan, wanita itu dan anaknya menerima pendidikan di Singapura sebab itu mereka tidak berapa fasih dalam BM.

Pegawai itu kemudian berkata "Fourteen dalam bahasa Melayu apa? Sini Malaysia, awak orang Malaysia ke? Kalau ya, kena cakap bahasa Melayu" kepada anaknya.

"Awak tahu kan dekat sini Malaysia? Tau cakap BM tak? Sekarang pergi luar negara seperti Taiwan pun penting BM ni, korang PR ke? PR atau warganegara pun, kalau ada IC Malaysia taktau cakap BM lebih baik consider untuk jadi PR Singapura, jangan dekat Malaysia, sini tak cakap Inggeris", kata pegawai itu lagi.  

Image via Christine Ng (Facebook)

Wanita itu cuba jelaskan kepada pegawai dengan sopan

Sebaik saja wanita itu menjelaskan mengapa mereka tak fasih dalam BM kerana sejak kecil menerima pendidikan di Singapura, pegawai itu terus memarahi mereka. 

"Lepas itu, nak renew ke tak? Tak nak boleh keluar"

Dua beranak itu merasa terhina kerana dimarahi teruk semasa mengambil nombor giliran. Walaupun mereka akhirnya mendapat nombor giliran, tetapi mereka merasa malu untuk duduk di situ. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Focus Malaysia

Wanita itu turut mendakwa sekali lagi mendapat layanan 'buruk' daripada pengawai di kaunter

Sampai ke kaunter, seorang pegawai wanita melayaninya dengan sopan santun. Namun, apabila anaknya ditanya tentang nama, umur, nama ibu dan nama ayah, anaknya tidak dapat menjawab.

Hal itu disebabkan dia telah bercerai dengan suaminya sejak anaknya kecil lagi, jadi anaknya itu tidak diberitahu nama suaminya.

Kemudian, pegawai meminta dokumen seperti surat cerai, surat hak penjagaan tetapi wanita itu pula tidak membawa kerana sebelum ini proses membuat pasport anaknya tidak begitu rumit.

Kesudahannya, pegawai itu tidak memberi keizinan kepada wanita itu untuk memperbaharui pasport anaknya.

Mujur, akhirnya wanita itu memberitahu, pasport anaknya selesai diperbaharui dengan bantuan rakannya yang mengenali pegawai di imigresen.Mujur, pengakhirannya pasport anaknya selesai memperbaharui atas bantuan rakannya yang mengenali pegawai di imigresen.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Facebook

Lihat posting itu di bawah:

Image via Facebook

Difahamkan, sehingga artikel ini ditulis, Jabatan Imigresan Malaysia masih belum membuat kenyataan rasmi atau memberi maklumbalas mengenai isu berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment