Datuk Lee Chong Wei Terkejut Markah BM Anak Cecah 90, Ramai Tergelak Baca Plot Twist!
Kelakar bila baca sampai habis.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat memuat naik video sambutan hari lahir anak bongsunya
Sambutan itu diraikan kecil-kecilan dalam kalangan keluarganya saja. Datuk Lee Chong Wei memuat naik video sambutan itu di Instagramnya sambil mengucapkan selamat hari ulang tahun yang pertama kepada anaknya bernama Anson.
Selain mengucapkan kesyukuran dikurniakan bayi itu, beliau juga sempat menulis kapsyen di Instagramnya. Kapsyen yang mempunyai side note itu ternyata mencuri tumpuan ramai.
Beliau menceritakan tentang anak sulungnya yang bernama Kingston. Beliau mengaku tahap penguasaan Bahasa Melayu anaknya tidaklah begitu dan masih mempunyai ruang untuk diperbaiki. Datuk Lee Chong Wei berkongsi anaknya kadangkala mendapat gred C, B kadangkala A untuk subjek itu.
Namun, beliau sangat terkejut anaknya datang dan menjerit kegembiraan kerana markah karangan BM mencecah 90
Bila baca karangan yang bertajuk 'Balik Kampung' itu, Datuk Lee Chong Wei terpaku kerana banyak kesalahan ejaan dan tertanya-tanya mengapa boleh raih markah yang tinggi.
Rupa-rupanya, pada akhir perenggan itu, anaknya menambah ayat "Cikgu , happy birthday . Sebab you , BM saya power. Saya berharap cikgu sihat hingga umur yang angka sama ngan markah karangan saya hari ini".
Perkara itu membuatkan Datuk Lee rasa hilang akal seketika.
"Pandai kipas cikgu rupa-rupanya anak dia" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 413K tontonan, 15K tanda suka dan 100 komen di Instagram, netizen turut terhibur dengan kapsyen Datuk Lee.
Berikut merupakan komen netizen di Instagram:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!