Individu Ini Kongsi Bekukan Telur Supaya Tahan Lama, Tapi Timbul Pula Perdebatan Netizen
Telur boleh dibekukan sehingga 3 bulan atau selama 1 tahun.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, barangan basah seperti daging atau sayur perlu dimasukkan dalam peti ais supaya tahan lebih lama
Daging-daging perlu dibekukan supaya boleh dimakan dalam masa seminggu dua, kerana jika tidak ia akan cepat rosak.
Namun, baru-baru ini tular pula individu berkongsi cara penyimpanan telur supaya tahan lebih lama ini telah mencuri tumpuan ramai.
Akibat telur sepapan yang susah nak dihabiskan disebabkan bercuti atau tdak digunakan, dia berkongsi supaya telur itu dibekukan dengan cara membuang cangkerangnya dan masukkan biji telur ke dalam setiap slot dalam dulang kiub ais. Bekukan dan keluarkan jika anda hendak menggunakan.
"Telur boleh dibekukan sehingga 3 bulan atau selama 1 tahun, setidaknya tak ada lah telur dibiarkan rosak begitu sahaja" tulisnya.
Walaupun cara ini telah diguna pakai oleh sesetengah orang di luar negara, namun, ada juga netizen yang membantah cara bekukan telur ini kerana bakteria Salmonella dan e-coli akan aktif semasa keadaan nyahbeku.
Bakteria Salmonella merupakan bakteria yang akan mencemari makanan akibat tidak disimpan dengan baik. Risiko makanan yang telah dicemari akan mengakibatkan keracunan makanan.
"Tidak digalakkan buat begini sebab risiko salmonella" - Netizen
Susulan posting itu yang kini meraih sehingga 4K tanda suka, 20 komen dan 1K kongsi di Facebook, ada netizen yang tidak setuju dengan kaedah itu.
Berikut merupakan komen netizen di Facebook:
Kalau jarang guna telur dalam masakan, sebaiknya tak perlu beli banyak ya supaya apa yang kita makan tu fresh.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!