seismik

"Cikgu Cakap Awak Tidur" - Ramai Terpegun Tengok Mak Marah Anak Dalam Bahasa Cina

Dah kena denda hafal sifir depan mak.

Cover image via @lyzawaty91 (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Berkebolehan untuk berbahasa asing merupakan satu bakat luar biasa

Ia memudahkan kita untuk berkomunikasi dengan orang lain juga. Oleh sebab itu, ramai ibu bapa yang menghantar anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan Cina ketika ini.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan seorang ibu memarahi anaknya dalam bahasa Cina selepas menjemputnya dari sekolah telah mencuri tumpuan.

"Hari ini, cikgu call ibu cakap awak dekat kelas sangat malas, awak tahu tak awak malas?

Awak boleh cakap tahu awak malas? Awak sangat malas, tak buat kerja sekolah, tidur, setiap hari tidur, setiap hari malas. Ok sekarang mak nak awak baca sifir 2, sekarang!" katanya.

Ibunya itu juga membetulkan sifir anaknya yang salah semasa menjawab sifir 9x2. Ibunya kemudian meminta anaknya membaca sifir 9 tetapi anaknya belum hafal. Kemudian ibunya memberi tips untuk menggunakan jari semasa baca sifir.

"Ok sekarang ibu tanya kerja rumah dah siap belum?" soal ibunya.

"Yi dian-dian (sikit)" jawab anaknya.

"Sikit je, awak buat ke tak buat? Kalau buat kenapa sikit? Dah siap belum?, bebel ibunya.

"Sifir tu kalau dah start bahasa Cina, orang suruh hafal dalam bahasa Melayu jadi terkial-kial" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 202K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut merupakan komen netizen di TikTok:

Image via googleapis.com

Respect kak, bagus boleh cakap banyak bahasa!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: