Wanita Double Park Di Dataran Putrajaya Buat Ramai Berang, Ada Yang Terlepas Solat Maghrib
Difahamkan, ada yang terpaksa cancel buffet buka puasa disebabkan kereta tak boleh keluar.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak dinafikan, sesetengah tempat parkir di kawasan yang menjadi tumpuan ramai memang selalu penuh sampai ada kenderaan yang terpaksa double park
Namun, sepatutnya kita perlu meletakkan nombor telefon sekiranya berlaku apa-apa kecemasan seperti ada kereta yang ingin keluar dari tempat tersebut.
Baru-baru ini, tular sebuah kenderaan di media sosial yang didakwa double park di Dataran Putrajaya sehingga menyebabkan banyak kereta tersangkut telah menimbulkan kemarahan ramai.
Menerusi video yang dikongsi oleh pengguna di X bernama @zulazri03, difahamkan pemandu wanita itu menghalang jalan sejak pukul 6 petang.
Image via @qkljpcztd (TikTok)
Image via @qkljpcztd (TikTok)
Tak pasal-pasal menyusahkan orang lain, terpaksa alih kenderaan ramai-ramai
Disebabkan keretanya menghalang banyak kenderaan lain yang ingin keluar, ramai pengunjung terpaksa bertungkus-lumus mengalihkan beberapa buah kenderaan agar jalan tersebut boleh digunakan.
Bukan itu saja, ada juga keluarga yang terpaksa membatalkan buka puasa buffet di restoran dan terlepas solat Maghrib gara-gara pemandu wanita tersebut block jalan sejak pukul 6 petang.
Lebih membuatkan ramai bengang adalah dia hanya berlalu pergi tanpa meminta maaf kepada orang ramai di situ.
Image via @qkljpcztd (TikTok)
Image via @qkljpcztd (TikTok)
Lihat video di bawah:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment