[VIDEO] Lelaki Kongsi Resipi Air Tomyam Soda, Netizen Pula Tanya Rasa Dia 'Jahat' Tak?
Korang approve tak air ni?
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, pasti ada saja pelbagai menu makanan dan minuman yang viral betul tak?
Tidak dinafikan, rakyat Malaysia memang kreatif kalau bab mencipta menu atau resipi yang unik dan sedap.
Namun, tular pula sebuah video baru-baru ini memaparkan seorang lelaki berkongsi minuman berbukanya yang dinamakan tomyam soda telah mencuri tumpuan ramai.
Siap letak cili padi nak bagi air rasa pedas
Menerusi video yang dimuat naik oleh @capikkkkkk, kelihatan lelaki tersebut menunjukkan minuman iftarnya.
Difahamkan, nama air tersebut ialah tomyam soda dan kini sememangnya sedang hype di media sosial.
Apa yang uniknya, lelaki itu meletakkan bahan-bahan persis seperti ingin membuat tomyam seperti bawang merah, bawang putih, cili padi, limau nipis, daun limau purut dan dicampur dengan air aiskrim soda.
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 2M tontonan, rata-rata netizen tertanya-tanya tentang rasa sebenar air tersebut
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!