Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Hantar Saya Balik Rumah Boleh? - Wanita Niat Baik Bantu Budak Umur 13, Rupanya Dia Scammer

Niat di hati cuma nak tolong.

Cover image via Twitter @hnnkml Suria KLCC

Betul lah kata orang, rakyat Malaysia ini memang ramai yang baik hati dan pemurah

Seorang wanita ini berkongsi pengalamannya membantu seorang kanak-kanak berusia lebih kurang 12 tahun di Menara Berkembar Petronas (KLCC), baru-baru ini. 

Dia yang dikenali sebagai Hanan menulis di laman twitter miliknya mengenai pertemuan dengan kanak-kanak yang dipanggil Ayie itu. 

Difahamkan, Ayie ingin menonton wayang di pusat membeli-belah terkenal itu. Wayang tersebut bermula jam 9 malam dan dijangka tamat jam 11 malam kelak. Dia bagaimanapun menghadapi masalah untuk pulang ke rumahnya yang terletak di Wangsa Maju.

Baca di bawah:

"Sesuatu yang luar biasa terjadi kepada saya semalam (7 November 2019). Saya bertemu dengan seorang budak lelaki di KLCC dan dia mengubah hidup saya.

"Saya pergi ke KLCC selepas waktu kerja kerana ingin membeli barang, letak kereta dan kemudian lepak sekejap di dalam kereta selama beberapa minit supaya saya boleh habiskan tengok video di Youtube.

"Saya letak kereta betul-betul depan pintu keluar yang ada eskalator dan duduk di dalam kereta, tidak hiraukan keadaan sekeliling. Tiba-tiba ada ketukan di cermin, saya lihat ada seorang budak lelaki melayu sedang tersenyum.

"Umurnya mungkin dalam lingkungan 12 ke 13 tahun camtu dan bertubuh agak besar untuk kanak-kanak seusianya," tulisnya.

Image via pinterest

"Rambutnya kerinting dan dia mempunyai senyuman yang paling manis. Saya tidak begitu mengambil peduli pakaian yang dipakainya tapi dia memakai jaket oversized dan di tangannya dia mempunyai sebotol air mineral dan sekeping kertas. Jadi saya pun turunkan tingkap kereta," tulisnya.

Dia kemudiannya berkongsi perbualannya dengan kanak-kanak tersebut

Image via Twitter @hnnkml

Image via Twitter @hnnkml

Sebagai seorang ibu, terbit rasa kasihan terhadap kanak-kanak tersebut dan mengambil keputusan untuk membantunya apa yang termampu

Image via Twitter @hnnkml

"Saya seorang diri, dia pun sama. Saya tak ambil perhatian sangat tentang keadaan sekeliling sebelum jumpa dia jadi tak tahu nak jangka apa.

"Tapi waktu itu saya terfikir tak ada benda kot nak risau. Saya tanya dia dah makan ke belum, dia cakap belum tapi kalau akak belikan roti boleh gak. Lapar rupanya.

"Jadi saya pun keluar daripada kereta dan berjalan dengannya ke arah pusat membeli-belah. Dia cerita, dia adalah anak tunggal. Mak kerja malam-malam, subuh baru balik. Ayah dah tiada sebab bercerai. 

"Ayah dia suka pukul orang sebab itu mak dia minta cerai. Sekarang dia tinggal berdua je dengan mak dia. Saya tak tanya lebih," tulisnya. 

Image via Twitter @hnnklm

Image via Twitter @Hnnkml

Image via Twitter @hnnkml

Dia juga mengakui risau untuk melepaskan kanak-kanak itu pergi seorang diri namun terpaksa redha kerana mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga

"Sejujurnya saya teringin sangat nak hantar dia ke TGV, tunggu wayang dia habis dan hantar pulang ke rumah tapi dah lambat.

"Saya ada benda nak buat dan suami dan anak-anak dah tunggu di rumah. Nak juga panggilkan grab untuk dia tapi tak nak lah nampak macam terlalu mengawal. Patutnya saya buat, haih.

"Di mana pun Ayie berada, saya harap dia seronok tonton Maleficent dan pulang ke rumah dengan selamat, dia pun ada nasi goreng," tulisnya.

Bagaimanapun, kelihatan ramai sudah 'terkena' mengaku tertipu dengan lakonan kanak-kanak tersebut

Image via Twitter @hnnkml

Image via Twitter @hnnkml

Image via Twitter @hnnkml

Image via Twitter @hnnkml

Walaupun terkejut dengan kebenaran itu, wanita ini mengatakan bahawa dia tidak menyesal dengan apa yang dilakukannya

"Nampaknya ramai di antara kamu yang dah pernah bertemu dengan kanak-kanak itu huh? Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan saya. Lain kali, kita semua seharusnya lebih berhati-hati.

"Tapi sejujurnya saya tidak menyesal dengan apa yang saya dah buat. Kiranya, saya akan sentiasa bersangka baik dekat semua orang. 

"Apa yang berlaku dalam tempoh 20 minit bersama kanak-kanak itu semuanya di luar kawalan saya. Tapi fikir-fikir balik, mungkin saya patut lagi kepochi," tulisnya.

Image via Twitter @hnnkml

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment