Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Rupanya Ada Maksud Di Sebalik Pemberian Nama ‘Wawasan 2020’ Oleh Tun M. Deep Sungguh!

Dah capai ke matlamat Wawasan 2020 kita?

Cover image via Twitter @izyanizulkifli

Tahukah anda mengenai Wawasan 2020 yang diperkenalkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu ketika dahulu?

Wawasan 2020 bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara yang maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 bukan sahaja dalam bidang ekonomi tetapi juga dalam bidang-bidang lain seperti politik, sosial, kerohanian, psikologi, perpaduan nasional dan lain-lain. 

Selain itu, Mahathir turut memperkenalkan sembilan matlamat utama Wawasan 2020 dalam kertas kerjanya dan cabaran yang menerangkan dengan lebih terperinci mengenai perkara tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Mungkin ramai yang tertanya-tanya asal usul nama Wawasan 2020 ini dan kenapa ia menjadi pilihan

Seorang wanita dikenali sebagai Izyani Zulkifli berkongsi di laman Twitter miliknya mengenai momennya bersama Mahathir satu ketika dahulu di mana dia bertanyakan soalan mengenai nama Wawasan 2020 itu. 

Rupa-rupanya, ada maksud 'deep' mengenai nama Wawasan 2020 ini.

Izyani bersama Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Image via Twitter @izyanizulkifli

Ikuti perkongsian penuh di bawah:

Bahasa: 

"Gambar ini diambil pada tahun 1991. Saya merupakan hos rancangan TV kanak-kanak dan pada minggu itu, saya diberi tugas untuk menemu bual Perdana Menteri ketika itu. 

"Antara soalan yang saya tanyakan kepada Tun adalah 'kenapa ia diberi nama Wawasan 2020'. Saya masih ingat jawapannya walaupun bukan kata demi kata. 

"Tun M jelaskan bahawa dulu dia pernah jadi doktor mata. Dalam pemeriksaan mata, markah sempurna untuk penglihatan adalah 20/20.

"Itulah visi yang dilihat untuk negara ini pada tahun 2020 di mana Malaysia menjadi sebuah negara yang dibangunkan dengan sempurna dari semua bahagian," tulisnya. 

Setelah mendengar jawapan tersebut, ia memberikan impak yang besar buat dirinya. Namun, perkara tersebut bukanlah mudah untuk dicapai.

Bahasa:

"Sekarang sudah masuk tahun 2020, saya bukanlah lagi kanak-kanak kecil itu. Selepas temu bual saya dengan Tun, saya sering membayangkan diri saya yang sudah dewasa, kaya dan berjaya dalam karier, mempunyai seorang suami yang penyayang dan anak-anak yang berlari di sekiling rumah besar kami. 

"Walaupun saya tidak kaya, tidak mempunyai karier yang berjaya dan terutama sekali tidak mempunyai rumah besar, akan tetapi saya mempunyai suami yang penyayang dan anak-anak yang kadang kala boleh buat saya pening kepala sebab berlari di sekeliling rumah (berhati-hati dengan apa yang anda hajati)

"Apa-apapun, saya bahagia dan gembira. Ini pun sudah cukup. Alhamdulillah, terima kasih Allah SWT kerana menunaikan permintaan saya," tulisnya. 

Dalam pada itu, dia juga turut memberikan pandangannya sama ada Malaysia sudah mencapai misi Wawasan 2020

Bahasa: 

"Berkenaan negara kesayangan kita pula, tahun ini sudah pun memasuki tahun 2020. Adakah negara kita sempurna? Jauh sekali. 

"Tapi, saya masih ingat diri saya yang ketika kecil yang mempunyai harapan yang besar ketika bercakap dengan Perdana Menteri dan saya percaya dengan negara saya. 

"Semoga kita dapat mencapai impian itu satu hari nanti walaupun saya tidak dapat melihatnya," tulisnya. 

Dalam usaha untuk mencapai status negara maju, mentaliti rakyat perlulah berubah dahulu. Semoga, satu hari nanti, Malaysia akan mencapai visi dan misi ini.

Malaysia boleh! 

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca juga artikel ini:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment