Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dilabel Pengundi Tidak Hadir, Wanita Ini Luah Rasa Kecewa Tak Dibenarkan Mengundi

Perkara ini berlaku di Setiawangsa.

Cover image via @aisha_adam (Twitter)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah insiden seorang pengundi wanita tidak dibenarkan mengundi di Setiawangsa, Kuala Lumpur

Hari ini pada 19 November merupakan hari mengundi untuk semua rakyat di Malaysia untuk memilih kerajaan yang bakal mentadbir. Ramai dilihat bertanggungjawab untuk menunaikan tugas mereka sebagai warganegara. 

Namun tular sebuah bebenang di Twitter yang memaparkan seorang wanita tidak dibenarkan mengundi telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat posting di bawah: 

Tak dibenarkan mengundi kerana tiada maklumat di pusat mengundi

Menerusi posting itu, wanita yang bernama Aisha Adam itu dilihat meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menunaikan tanggungjawabnya untuk mengundi di Sekolah Kebangsaan Setiawangsa pagi ini.

Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila namanya tiada dalam senarai manual pemilih berdaftar di pusat mengundi. Apabila bertanya kepada pegawai bertugas, mereka meminta Cik Aisha untuk membuat rayuan kepada pengarah SPR.

Perkara tersebut telah menyebabkan dia membuat protes untuk menunggu sehingga pusat mengundi tutup pada pukul 6 petang. Dia juga akan membuat laporan polis kemudian.

"Saya dah 2 kali mengundi, ini bukan first time saya mengundi", katanya.

"Yang peliknya, saya didaftarkan sebagai pengundi pos dan kertas undi saya dihantar ke Australia", beritahunya lagi. 

Image via @aisha_adam (Twitter)

Aisha memberitahu SAYS bahawa sebenarnya dia mendapat tahu namanya didaftarkan sebagai pengundi pos dalam talian tiga hari sebelum hari pengundian

Walau bagaimanapun, Aisha menegaskan bahawa dia juga telah mengundi dua kali sebelum ini pada pilihan raya umum 2013 dan 2018 menggunakan alamat dan maklunat peribadi yang sama dan tiada masalah sebegini. 

"Saya menelefon pejabat SPR, tetapi tidak berjaya. Kemudian saya fikir, daftar pemilih telah dimuktamadkan, tetapi saya tetap berharap ia kemungkinan adalah satu kesilapan," katanya.

Tangkap layar maklumat Aisha dalam laman web MySPR.

Image via @aisha_adam (Twitter)

Sebagai bukti, dia juga menunjukkan kepada penulis SAYS bahawa nombor ICnya tidak dipautkan ke akaun MySPR dalam talian, yang mana dia diperlukan untuk mengundi pos.

Aisha juga berkata bahawa perkara ini tidak boleh menjadi salah satu alasan SPR tidak membenarkan dirinya untuk mengundi hari ini. 

 "Ini masalah besar. Ini maklumat peribadi saya dan pelanggaran data. Tambahan lagi, bagaimana SPR tiba-tiba boleh mendaftarkan saya sebagai pengundi pos? Ini penindasan terhadap hak pengundi," katanya.

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment