Wanita Ini Selamba 'Rembat' Makanan Meja Belakang Lepas Couple Bergaduh & Tinggalkan Kedai
Ini betul-betul tak tolak rezeki namanya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Orang kata, rezeki jangan ditolak. Nak-nak lagi bila bab makanan, rugi kalau dibiarkan tidak habis.
Tetapi, mungkin ada beberapa situasi yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh menghabiskan makanannya. Seperti contoh, alahan ketika mengandung dan hilang selera makan semasa sakit.
Namun, berbeza pula dengan situasi di dalam video ini apabila seorang wanita selamba mengambil makanan di meja belakang telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Sayang makanan tak diusik, selamba 'kaut' meja sebelah punya
Menerusi perkongsian video daripada @fanniswag, kelihatan dia dan dua orang kawannya sedang berada di sebuah restoran.
Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila salah seorang kawannya itu bertindak pergi ke meja belakangnya dan mengambil makanan di situ.
Rupa-rupanya, makanan itu telah dipesan oleh sepasang kekasih yang duduk di meja berkenaan. Tetapi, mereka meninggalkan restoran itu selepas bertengkar.
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
"Tak takut ke tiba-tiba diaorang berbaik lepas tu patah balik masuk restoran?" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.9M views, 175.6K likes serta 756 shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat tindkaan wanita itu. Malah, ada yang risau jika couple tersebut patah balik ke restoran dan mendapati makanan mereka sudah lesap.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
Image via @fanniswag (TikTok)
Macam tu pun boleh ya sis, apa salahnya kalau order makanan yang sama kan :P
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment