Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Kecewa Bayar Hampir RM700 Backdrop Birthday Anak Tapi Hasilnya Pula Tak Setimpal

Harga tak setanding dengan hasilnya.

Cover image via @alyataj (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Apabila tiba hari jadi anak, ibu bapalah orang yang paling teruja untuk menyambutnya

Tambahan pula jika kita ingin membuat majlis makan-makan dan menjemput ramai orang untuk meraikan hari jadi tersebut, semestinya kita akan membuat pelbagai persiapan. Salah satunya adalah backdrop untuk bergambar.

Namun, lain pula yang terjadi kepada seorang wanita ini apabila dia berasa ditipu oleh pihak event decoration yang menjanjikan backdrop seperti apa yang dia minta.

Image via @alyataj (TikTok)

Menerusi video berserta tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama pihak tersebut, wanita itu meluahkan rasa kecewanya apabila hasil backdrop yang dipesan sangat lain dengan apa yang dibuat pada hari jadi anaknya.

Sudahlah bayar mahal, tetapi hasilnya sangat menyedihkan. Dia yang tidak berpuas hati kemudian menghubungi semula pihak berkenaan untuk memulangkan kembali separuh duitnya.

Walau bagaimanapun, pihak tersebut seolah-olah 'play victim' dan mendiamkan diri saja. Malah, nombornya juga diblock oleh pihak event decoration itu.

Akhirnya, wanita itu nekad membuat laporan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Image via @alyataj (TikTok)

Image via @alyataj (TikTok)

Image via @alyataj (TikTok)

Lihat video penuh di bawah:

Siapa je tak bengang kalau jadi macam ini. Bukan murah pakej yang dia bayar tu.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment