Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Kongsi Pengalaman Bersalin Di Andorra Women & Children Hospital. Layanan Superb!

Hospital ini juga adalah milik orang Islam. :)

Cover image via YayaSuhaimi/Facebook

Buat para ibu yang baru pertama kali mengandung, mungkin banyak perkara perlu dititikberatkan termasuklah tempat bersalin

Gambar sekadar hiasan.

Image via Google

Pemilihan tempat untuk bersalin adalah begitu penting kerana ianya bukan sahaja untuk si ibu, malah untuk bayi juga. Sebab itulah anda perlu rajin untuk 'survey' bersama rakan-rakan atau ahli keluarga yang pernah bersalin di hospital tersebut.

Namun, anda juga perlu ingat bahawa pengalaman setiap orang mungkin akan berbeza walaupun di hospital yang sama.

Jika anda masih tak tahu hospital mana yang terbaik untuk bersalin? Boleh baca perkongsian seorang wanita ini selepas memilih Andorra Women & Children Hospital. Servis memang terbaik!

Image via Andorra Women & Children Hospital

Perkongsian wanita ini juga telah meraih sebanyak 2.6 ribu 'shares' di laman Facebook ketika artikel ini ditulis.

Baca penuh di bawah:

Best ke bersalin di Andorra Women & Children Hospital?

Masa ni tengah layan contraction dalam bilik. Muka tenang lagi.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

So yaya nak share pengalaman bersalin dekat andorra dan cost dia segalanya. Maybe yang rasa nak bersalin dekat sini, boleh start saving saving dah. Syarat untuk bersalin dekat andorra sekurangnya kena 2x checkup. Habis kalau tak checkup sana, tak boleh bersalin sana ke? Bolehhhhh mommy!! Tapi kena extra charge rm500-800 la. So seeloknyaa ckupkan laa syarat tu. 2x checkup je.

Untuk 1st checkup yaya hari tu cost around rm347.30. Sptutnya lagi murah tapi sebab yaya ambil extra vitamin. Sebab tu mahal sikit. So korang kalau nak checkup tu boleh bajet spend rm400 kebawah laa. Alaa 2x checkup sudah. Yg checkup lain2 tu dekat KK sudahhh. Jimat!

Dia juga turut berkongsi pengalaman ketika berada di hospital ini sementara menunggu masa untuk bersalin

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

5/8 hari tu pagi yaya turun show, p emergency andorra pukul 2 mcm tu lebih kurang, doc terus check bukaan dah 4cm. Mr nurse p daftar and bayar deposit rm1000. Yaya ambik single bed. Sebab nak suami anak anak stay bermalam situ, kalau 4 or 2 bedded, tak boleh angkut sekampung haha.

So Yaya depa tolak masuk bilik untuk rest dulu sementara tunggu labour room kosong. Memang hari tu labour room full. Dok layan contraction sempat laa yaya live dulu. Tamat je live dok layan contraction yg makin kerap, nurse kerap datang check. Tapi paling indah pengalaman salin private is suami ada disisi layan contraction sama2. Kalau gov kan tak boleh tunggu. Boleh masuk di labour room saja.

Part contraction dah kuat tu, nurse panggil doc untuk check bukan. Dah 8cm kauu. Makanan yang yaya order (SIRLOIN STEAK) baru jee sampai. Mr nurse cakap Nufael sebat makan sampai habis. Sedap lettew. Yaya anytime nak push Tapi labour room masih tak kosong. So dowg decided untuk tolak yaya ke single bed yang lain, untuk deliver kat situ. Hahaha. Masuk je dalam bilik tu ya allah yaya rasa tenang. 

Sakit pun rasa tenang. Sebabnyaaaa mr nurse masih ada disisi and nurse pasang alunan zikir. and ada sorang nurse tu datang bacakan doa sama2 untuk kita. Tak sedar yaya mengalir air mata. Part touching dia kiss dahi kita. Ya ampun ingat arwah ibu. Doc datang pecahkan ketuban. Mr nurse masih disisi. Sambil pegang tangan. Indah masa tu sebab sakit ditemani. Dua org anak bfore ni sakit laa kau sorang2 dlm ward hahaha. Nufael stay dalam bilik dok layan netflix.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Walaupun sudah selesai bersalin, layanan nurse masih tetap baik dan begitu lemah lembut. Kalau nak pergi tandas atau mandi pun mereka suruh panggil, jangan bangun sendiri.

Pukul 6 macam tu kot rasa darah turun banyak , terus panggil doc push 2x keluar laa kepala nadine aafiya. Ya allah bila kita happy dan betul2 ready senangnya bersalin. Alhamdulillah. Part best doc cakap tak de koyak and tak kena jahit. Lega. So siap semua, dowg tolak balik ke bilik. Nurse pesan nak kencing nanti panggil jangan bangun sendiri ya. Kalau gov pandai laa kau jalan slow2 ke toilet. Masa tu mr nurse keluar ambik kakak maira. 

So panggil laa nurse nak kencing. Nurse datang bantu kita siap tolong tukarkan pad (OMG bila tak sakit jadi malu, tebalkan muka ja). Dilayan sperti puteri kau haha. So malam tu smua berkampung kat dalam bilik. Mr nurse and anak2 aktif iols. Part makanan jangan tanya. Yaya order apa smua dah smpai ke lunch, tapi tak sempat ambik gambar. Dah kena sebat. Esoknya 6hb tu, pagi nurse tanya nak mandi pukul berapa? Iols cakap laa "nak mandi sekarang ni." Nurse suruh tunggu. Kita pun tunggu la. Dia bawak 1 bakul set mandian, dengan baju salinan. Siap pakai apron. Rupanya dia nak mandikan yaya. Ya ampunnnnnn !!

Terus yaya cakap "eh takpe, sy mandi sendiri" dia cakap "tak boleh puan, puan tak kuat lagi" . Malu punya pasal, yaya cakap suami boleh mandikan. Mr nurse pun angguk2 dia ckp biar dia mandikan. Ohhh heaven nyaaa. Dulu mana ada orang mandikan. Pandai laa kau mandi sendiri. So memang mr nurse mandikan, syampoo kan hahahaha. Habis je mandi, nurse ada pesan kat adik ipar panggilkan dia. So panggil laa. Rupanya dia nak massage badan. Ohhh bestt wehh dia massage. 

Badan , perut , belakang , kaki. Kaki paling sedap sebab sakit 2x cramp masa nak push haha . Lepas dah massage , tak lama ada sorang lagi datang, ajarkan cara and tips untuk penyusuan yang betul. So yaya breakfast and tido skjap. Datang lagi sorang nurse nak bawak bersiar2 kat hospital. Hehehe kita pun ikut je laa. Ohh ye baby ada kat nursery. Dowg jagakan. Bagi kat kita bila time nak menyusu. Lepas bersiar tu, dia ajarkan kita senaman untuk pulihkan otot dalaman. Senaman Kigel kot namanya hahaha.

Selepas selesai bersalin + sunat bayi + katil single + makanan sedap + layanan yang superb + hadiah diberikan oleh pihak hospital begitu banyak, ini adalah total harga yang sangat berbaloi untuk bersalin!

Barang sendiri pun tak perlu angkut sendiri, mereka akan tolong.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Ini antara hadiah yang diberikan oleh pihak hospital.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

So tgahri yaya dah boleh discharge. Then masa nak discharge, mr nurse buat bayaran. Baki bayaran RM3,769.45 lagi. So total bill RM4769.45. Memang rasa ohh worth it sangat. Single bed + sunat baby + makanan yang sedap + layanan yang superb + gift dapat banyak gila. Dah laa hosp cantik macam dok hotel lg. Overall bagi yaya, sangat berbaloi. Dulu yaya fikir "alaa sakit bersalin sama je kat mana2." 

Tapi rupanya tak! Memang sakit sama tapi dengan suasana dan layanan yang dapat, contraction pun kita layan dengan tenang dan bersalin pun mudah. So bagi sapa2 yang nak bersalin dekat andorra, sangat recommended! Korang letak laa saving bajet around RM5500. Incase kalau kata induce ke apa kan. Ni kalau tak ceaser ye. Kalau ceaser takde bajet req laa nak ke gov. Bersalin gov or swasta dua dua ok bagi yaya. Bezanya dari segi layanan dan paling penting saat suami kita sentiasa disisi saja. Kau nak layanan AAAA , ko spend laa duit sikit.

Contoh nak kena spend RM5500 let say, setiap bulan saving laa around RM600+ tapi cost setiap orang tak smaa. Depends pada case laa. Macam yaya banyak tu je kena sebab yaya memang tak de complication or ambik any pain killer or ubat lain. Kalau nak murah lagi, boleh ambik 2-4 bedded. Layanan sama, beza bilik je.

Kesimpulannya, Andorra Women & Children Hospital memang terbaik!

Layanan A+ dan puas hati!

Next time nak bersalin mana?

Nak bersalin andorra lagi !! Duit boleh dicari, tapi bila sakit nak bersalin dapat layanan istimewa macam tu rasa perghhh !! Puas hati hahaha . Bukan selalu pun bersalin. Tak rugi bagi isteri rasa nikmat tu hehe. Semuanya terpulang pada masing2.

Dekat gambar yaya ada attached pakej andorra. Haa buat laa bajet2 yaa. Yaya doakan korang dimurahkan rezeki dapat bersalin dekat andorra. Hospital milik orang islam dan semuanya perempuan.

Terima kasih Andorra Women & Children Hospital untuk layanan yang sangat superb!

Ini merupakan resit untuk check-up kali pertama.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Ini bill untuk Mummy.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Ini bill untuk baby.

Image via Yaya Suhaimi / Facebook

Kredit: Facebook Yaya Suhaimi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Hospital ini memang terbaik!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment