seismik

Wanita Ini Dedah Pengalaman Dihadapi Ketika Bersalin Di Andorra Women & Children Hospital

Terbaiklah Andorra!

Cover image via Farain Mohammad / Facebook

Andorra Women & Children Hospital dikenali sebagai hospital persis hotel 5 bintang dan ianya diasaskan oleh Dr Khamsiah Muda

Apa yang begitu menarik tentang hospital ini adalah ianya merupakan Islamic-friendly hospital. Namun, non-muslim juga dialu-alukan untuk menerima rawatan di sini.

Selain itu, di Andorra Hospital ini juga, semua makanan yang dihidangkan untuk pesakit adalah dimasak oleh chef selebriti terkenal iaitu Chef Zubir.

Layanan yang diberikan untuk para pesakit pula memang A+!

Bila tengok interior hospital ini pun boleh teruja walaupun masih belum pernah menjejakkan kaki di sana

Bilik single.

Image via Andorra Women & Children Hospital

Bilik double bed.

Image via Andorra Women & Children Hospital

Bilik 4 bed.

Image via Andorra Women & Children Hospital

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Farain Mohammad telah berkongsi pengalamannya ketika bersalin di Andorra Women & Children Hospital ini.

Terbukti, memang terbaik!

Baca perkongsian penuh di bawah:

Disebabkan ramai PM tanya review tentang bersalin di Andorra Women & Children Hospital, ni sedikit review pengalaman bersalin dekat sana. Overall boleh kata macam bersalin dekat hotel (pakej bersalin ada pada gambar)

Alhamdulillah berpeluang bersalin dekat hospital Andorra walaupun sebenarnya ada hospital betul2 depan rumah. Bila bagitahu doktor Khamsiah kami dari senawang, respon beliau "jauh jugak tu tapi inshaAllah kalau kita pilih ikut syariah, Allah akan permudahkan". 

Nak bersalin dekat sini sekurang-kurangnya kena 2x appoinment dengan doktor. Masa nak booking terus pilih nak bersalin dgn Founder hospital, Doktor Khamsiah (patient Doc Kham Ramai sikit tapi nak tunggu pun tak rasa lama sebab suasana dkt sana macam dekat spa. Tenang jee). 

Saya check macam biasa dkt KK, tp check sebulan sekali dekat andorra. Ada dalam 8 kali jugak check up dekat sini. Sekali check up RM220++. Doktor baik, staff baik, kemudahan semua selesa.

Apa yang seronok bila bersalin di hospital ini?

Semuanya perempuan. Staff sangat sangat baik dan patuh syariah. Setiap hari ayat-ayat suci al-quran dipasangkan. Tenang sangat. Doktor sangat membantu, lagi-lagi tips-tips bersalin. Setiap kali jumpa, selalu pesan dkt saya dan suami jangan lupa setiap hari baca Surah Maryam.

Tiba 15 Januari, Check up genap 40w dengan Doktor Kham. Masih takde bukaan tapi air ketuban dah berkurang, terpaksa induce dan kena tahan ward terus. Terdiam jugak lah saya dan suami bila dgr kena induce. Doktor khamsiah siap kata "inshaAllah semoga dipermudahkan, satu hospital mendoakan awak".

Bila dah kena tahan di ward, masa ni lah rasa layanan hospital terlalu baik. Bilik luas. Tuala, toilettries disediakan. Alquran disediakan. Ada nurse akan siapkan segala kelengkapan, urut masa tengah sakit, ada mak bidan yang masuk bacakan surah diperut, ajar teknik breastfeed, sentiasa ingatkan suruh minta maaf dengan suami.

Doktor setiap kali check bukaan sentiasa bg semangat masa tgh lalui contraction. Sentiasa peluk kita, genggam bg semangat supaya kuat. Family nak tunggu pun memang selesa. Boleh tengok netflix, boleh tgk youtube.

Baju sehari nak salin berapa helai pun tak kisah. Sentiasa sediakan baju baru kalau nak salin. Nak masuk labour room tak perlu bawa apa termasuk pkaian baby. Baju baby dan bedung semua dari hospital.

Masuk labour room 9.26 malam. Masa ni semua staff dah bersedia. Sentiasa dkt telinga bacakan doa nabi yunus. Masa tgh sakit kadang2 semua boleh lupa, tapi sentiasa ada nurse bacakan doa dekat telinga. Nurse sentiasa di sekililing ajar teknik yg betul sampai kita jadi tenang sangat masa nak push. Sakit tu memang tak boleh nak kurang, tapi layanan yang dapat boleh buat kita jadi tenang.

Alhamdulillah 10 minit dalam labour room, lahirlah Nur Hayla Fatimah.

Ni dalam labour room. Doktor ajak Mak dan abah masuk labour room tengok baby fresh from oven

Posted by Farain Mohammad on Tuesday, January 22, 2019

Selepas baby lahir, doktor sarankan untuk ambil gambar banyak-banyak untuk dijadikan kenangan

Doctor siap suruh suami ambil gambar dan record video moment terindah ni banyak-banyak. Tapi aurat sentiasa dijaga rapi. Lepas selesai semua, Doktor minta suami call mak ayah. Masuk sekali tengok baby dalam Labour room. Doktor sendiri sambut family dkt pintu labour room ucap tahniah.

Lepas bersalin doc kham bisik dkt telinga, "macam mana awak sakit, macam tu la dosa awak gugur". Siap dicium dahi kita sambil gengam tangan ucap tahniah. Baby siap ditahnik masa dalam labour room tu juga. Kurma, air zamzam, surah semua disediakan supaya mudah untuk suami tahnik baby.

Selama dalam wad segala menu chef zubir yang masakkan. Semua sedap-sedap! 2 hari 1 malam menu setiap hari macam bercuti dekat hotel.

Bangun pg keesokan, pukul 8 pagi nurse dah dtg bilik untuk mandikan. Kita bawa badan je. Siap berurut. Memang syok sangat. Pakaikan baju, stokin. Segalanya nurse yang buatkan dengan semua staff baik-baik belaka.

Baby dijaga cukup baik. Scanning, hearing test, dapat macam-macam hadiah dari hospital. Baby pun dioffer untuk disunatkan oleh Doc Khamsiah hari tu. Siap dapat fresh flowers dari hospital.

Nak discharge, segala bag dan barang family tak dibenarkan angkat sendiri. Ada staff nurse akan angkat semua barang sampai ke dalam kereta.

Menu petang disediakan oleh Andorra by Chef Zubir.

Image via Farain Mohammad / Facebook

Menu tengahari.

Image via Farain Mohammad / Facebook

Menu pagi.

Image via Farain Mohammad / Facebook

Jika anda mempunyai keluarga yang besar, boleh pilih VIP room. Keluarga nak bermalam pun tiada masalah.

Bawah ni saya sediakan harga pakej terkini di Andorra. Memang sakit bersalin tu sama je, tapi keselesaan bersalin buat kita rasa tenang.

Layanan yang ikhlas dari Hospital Andorra ni buat saya dan family sampai sekarang teringat-ingat. Dekat andorra ni rasa disayangi, dihargai dgn layanan staff yang tersangat baik. Family sangat-sangat selesa dan siap pesan anak no.2 nanti bersalin sini lagi.

Thank you andorra buat pengalaman pertama bersalin saya sungguh bermakna.

Ni nak discharge. Staff nurse semua iring sampai ke lift.

Posted by Farain Mohammad on Tuesday, January 22, 2019

Untuk maklumat lanjut, boleh terus layari website: http://www.andorra.com.my/

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca perkongsian menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: