Wanita Maut Dikelar Suami Sendiri, Tinggalkan Anak Usia Enam Bulan
Difahamkan, pasangan itu mempunyai masalah rumah tangga.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Pada Jumaat lalu, seorang wanita ditemukan maut dipercayai dikelar suaminya di sebuah pangsapuri di Bandar Botanik, Klang
Menurut laporan Harian Metro, siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 7 pagi apabila mangsa yang berusia 28 tahun itu ditemui terbaring di atas katil dengan kesan kelar di leher dan tangan kanan.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata pihaknya menerima laporan daripada adik suspek pada jam 7.58 pagi.
"Siasatan turut mendapati pasangan itu berkahwin sejak dua tahun lalu dan mempunyai seorang bayi perempuan berusia enam bulan," katanya.
Image via Harian Metro
Masalah rumah tangga punca suami bunuh isteri
Menurutnya lagi, hasil bedah siasat mendapati terdapat 12 luka hiris di beberapa bahagian badan termasuk leher, pipi, telinga, lengan, kepala dan jari mangsa.
"Punca kematian adalah luka kelar di leher. Suami mangsa yang berusia 31 tahun direman tujuh hari sehingga 14 Jun ini untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya lagi.
Dalam pada itu, siasatan masih dijalankan dan beberapa saksi akan dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk ahli keluarga terdekat.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment