Wanita Maut Dirempuh Pemandu Mabuk, Netizen Mahu Hukuman Lebih Ketat Diperkenalkan
Patut ke tak hukuman maut diperkenalkan untuk pemandu mabuk?
Sudah banyak kes berkaitan dengan isu memandu di bawah pengaruh alkohol ini malah ada di antara kes tersebut yang membawa kepada kematian
Terbaru, tular di media sosial mengisahkan seorang wanita yang menemui ajalnya dalam sebuah kemalangan pada 15 November 2019 melibatkan pemandu yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol.
Memetik laporan Berita Harian, mangsa, Nurul Liana Atira Zolkepli merupakan seorang kakitangan bank CIMB cawangan Klang, Selangor, dalam perjalanan pulang selepas menghadiri sebuah kursus di Menara Berkembar Kuala Lumpur (KLCC) sebelum teribat dalam kemalangan maut tersebut.
Difahamkan, dia yang merupakan perunding kewangan peribadi juga baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-28 tahun pada 12 November lalu.
Image via Berita Harian
Dalam pada itu, adik mangsa, Mohd Syafiq Farhan, 26, berkongsi detik saat mengetahui insiden yang menimpa kakaknya itu.
"Kami diberitahu, ketika dalam perjalanan itu, kereta Honda Jazz dipandu kakak dilanggar oleh kereta lain hingga kakak tersepit dan parah di bahagian kepala.
“Kami juga difahamkan, pemandu kereta berkenaan memandu dalam keadaan mabuk dan melarikan diri sejurus kejadian.
"Beberapa hari sebelum kejadian, dia (Nurul Liana) ada meminta ibu menyediakan lauk ikan bilis goreng walaupun itu bukanlah makanan kegemarannya. Itu bukan lauk yang dia suka tapi hari itu dia minta. Itu yang menghairankan kami," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987
Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, berkata pihaknya mendapati kemalangan berkenaan membabitkan dua kereta iaitu kereta dipandu Nurul Liana dan kereta Nissan Almera yang dipandu seorang perunding kecantikan.
Tambahnya lagi, pihaknya berjaya mengesan pemandu berusia 26 tahun itu selepas 24 jam kejadian tersebut dan kini sedang menerima rawatan di Hospital Columbia akibat patah bahu kiri.
“Selepas kejadian itu, mangsa kedua pergi mendapatkan rawatan. Berkenaan dia didakwa mabuk, itu tidak dapat dipastikan kerana polis mengesannya selepas lebih 24 jam,” katanya.
Susulan itu, ada mencadangkan agar Malaysia mengikut jejak langkah negara Taiwan yang bakal menjatuhkan hukuman mati terhadap pemandu yang memandu di bawah pengaruh alkohol
Memetik laporan Vice, kerajaan Taiwan telah meluluskan draf pindaan kanun jenayah yang akan meningkatkan penalti maksimum mereka yang memandu secara mabuk iaitu hukuman mati.
Bukan itu sahaja, undang-undang baru itu juga akan meningkatkan hukuman penjara kepada mereka yang mengulangi kesalahan sama dalam tempoh lima tahun.
Image via Lifesaver
Ini pula kata netizen yang rata-rata bersetuju supaya hukuman lebih berat dikenakan
Image via Twitter @999malaysia
Image via Twitter @999Malaysia
Apa pula pendapat anda? Patutkah dinaikkan hukuman untuk mereka yang memandu secara mabuk ini?
Banyak kes berkaitan pemandu mabuk yang sering kita dengar:
Leave a comment