seismik

[TERKINI] "Pemandu Bas Positif Syabu" - Polis

Beliau dikatakan memandu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine.

Cover image via Facebook

Polis hari ini mendedahkan pemandu bas RapidKL yang merempuh sekurang-kurangnya tujuh kenderaan semalam khayal akibat syabu

Image via Facebook

Laporan yang dikeluarkan Harian Metro mengatakan pemandu berusia 32 tahun kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata pihak polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini.

Berkenaan dakwaan pemandu bas itu dibelasah oleh orang awam, Mazlan berkata beliau perlu membuat aduan terlebih dahulu

Image via Facebook

“Kita akan melakukan siasatan selepas menerima aduan.

“Siasatan juga dibantu oleh polis Selangor dan polis Kuala Lumpur. Lelaki terbabit ditahan oleh polis Ampang kerana insiden itu berlaku di kawasan berkenaan," katanya.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kes penuh di bawah:

You may be interested in: