Wanita Menggigil Panik, Anxiety Attack Datang Masa Stuck Dalam Lif - "I Dah Siap Mengucap"
Nasib baik dia selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman menakutkan dalam hidup mereka yang tidak boleh lupa hingga ke hari ini
Walaupun ia sudah berlalu, tetapi pasti masih terngiang-ngiang dalam fikiran kita. Namun, adalah lebih baik jika kita jangan diingat lagi pengalaman menakutkan tersebut.
Sudah pasti, antara momen yang ditakuti oleh semua orang adalah apabila tersangkut di dalam lif, kerana pada masa itu pelbagai perkara yang kita akan fikirkan betul tak?
Situasi itu sama seperti seorang wanita ini yang berkongsi pengalaman ngerinya ketika tersangkut di dalam sebuah lif.
Image via @thepocahontas (TikTok)
Dah siap mengucap takut terjadi apa-apa
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan berkongsi momen menakutkan semasa dia berada di dalam lif. Pada awalnya, dia berkongsi ketika itu dia mahu turun lif dari rumahnya untuk pergi ke tempat kerja.
Namun, dalam beberapa saat lif itu terhenti dan bergegar membuatkan ia tersangkut. Situasi itu telah membuatkan dia panik sehingga menyebabkan terkena anxiety attack. Mujur saja tiada sebarang kecederaan yang berlaku padanya.
"Siapa pernah ada experience stuck in lift? That is the scariest moment ever. I memang ada fear naik lift since I was little. Tak sangka benda yang i paling takut tulah benda yang jadi.
"Cerita dia I nak pergi kerja, i turun lift macam biasa, tiba-tiba lift bergegar dan terus stuck dekat tingkat 2. I mengigil & panic. First thing I did was to call my mama & papa, baru call bomba. Tu pun kejap ada line, kejap takde. Dalam my head, i dah fikir bukan-bukan, especially i takut kalau platform lift ni akan jatuh.
"I dah siap mengucap & standby handbag dekat kepala, incase kalau i jatuh. After almost an hour, i dah pengsan dan dah dibawa ke clinic. I lack oxygen dalam lift & sangat-sangat terkejut. Alhamdulillah, petang tadi dah balik rumah & dah sihat.
"Anxiety attack. Before this, i refused to believe i ada anxiety. But I knew, i ada ‘benda tu’ sebab my hand selalu shaky bila i takut," tulisnya.
"Tak pernah stuck tapi selalu tengok video orang stuck dalam lift. Takut weh" - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan ada yang berkongsi pengalaman sama mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 294.8K views, 23.1K likes dan 452 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:
Image via @thepocahontas (TikTok)
Image via @thepocahontas (TikTok)
Image via @thepocahontas (TikTok)
Lihat video itu di bawah:
Alhamdulillah, nasib baik dia baik-baik saja :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment