Wanita Palestin Kecewa Founder Jenama Tudung Tempatan Tiru & Jual Design Kefiyyah Miliknya
Penat dia reka design tudung sendiri, lepas itu ada pihak senang-senang je tiru.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Baru-baru ini, seorang wanita Palestin meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati gara-gara corak tudung Kefiyyah yang dijualnya telah ditiru oleh satu jenama tudung tempatan
Image via @sarahmusa (Instagram)
Menerusi IG story yang dimuat naik oleh @sarahmusa iaitu wanita Palestin yang menjual tudung corak tersebut terlebih dahulu, dia kecewa kerana jenama tudung tempatan tersebut meniru designnya bulat-bulat.
Menurutnya, jenama tudung tempatan berkenaan telah meniru corak Kefiyyah miliknya dan menjual dalam pelbagai warna.
Sebagai warga Palestin, wanita itu terkejut bahawa mereka mendakwa menyokong Palestin namun pada masa yang sama mencuri cetakan daripada pereka Palestin sendiri.
Isu tersebut tular dan mendapat perhatian warganet, termasuklah pelanggan Sarah Musa iaitu penyanyi, Yuna
Image via @yuna (Instagram)
Yuna turut menyokong karya Sarah Musa dan menyeru orang ramai supaya membeli tudung daripadanya.
Sementara itu, difahamkan pihak jenama tudung tempatan berkenaan telah membuat permohonan maaf dan menarik semula jualan tudung yang dihebohkan.
Walau bagaimanapun, Sarah Musa masih tidak berpuas hati dengan founder tudung tempatan itu.
Image via @sarahmusa (Instagram)
"Malangnya, CEO @lima.segi @geehazakaria enggan telus mengenai keuntungan yang diperoleh daripada reka bentuk yang dicuri daripada kami. Kami tidak diberi peluang untuk memilih badan amal dan tidak tahu sama ada ia adalah derma sebenar atau tidak.
"Kami juga masih menunggu mereka mengesahkan mereka akan mengitar semula stok yang tinggal untuk disumbangkan sebagai kekabu bantal.
"Dia sangat sukar untuk dihubungi. Sebagai rakyat Palestin, saya meratapi rakyat saya dan ini benar-benar meletihkan dan bukan di mana saya mahu meletakkan masa atau tenaga saya.
"Wanita ini tidak berhak untuk mendakwa menyokong Palestin atau rakyat Palestin atau menggunakan cetakan budaya kami sebagai 'inspirasi'," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment