Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Wanita Tawarkan Servis Khidmat Cuci Komputer Percuma Buat Mangsa Banjir Di Kota Bharu

Alhamdulillah, semoga murah rezeki.

Cover image via @mumtaznetwork (Instagram)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, dua orang wanita menawarkan khidmat pembersihan menyeluruh komputer secara percuma kepada mangsa banjir di Kota Bharu, Kelantan untuk membantu meringankan beban mereka yang diuji bencana itu

Menurut laporan Harian Metro, Khadijah Mod Suhaimi, 32, yang juga pemilik Mumtaz Network berkata, idea itu muncul apabila beliau dan sahabatnya, Siti Ismatu Saadiah Rusly, 32, melihat banyak peralatan elektrik dan elektronik rosak ditenggelami banjir.

Beliau yang telah 10 tahun terbabit dalam perkhidmatan membaiki komputer berkata, sejak membuat hantaran menawarkan khidmat itu di Tiktok Isnin lalu, hampir 30 komputer riba milik mangsa banjir sudah dibaiki.

Antara talian hayat untuk komputer mahupun komputer riba yang terjejas adalah dengan pembersihan menyeluruh menggunakan bahan kimia, bagi membersihkan kotoran termasuk lumpur yang memasuki bahagian dalam peralatan itu.

Image via Harian Metro

"Setiap komponen komputer mahupun komputer riba yang dihantar mangsa banjir akan dibuka untuk kami melihat bahagian yang terjejas, sebelum dicuci dengan bahan kimia khas dan dikeringkan kemudiannya.

"Saya dibantu Siti Ismatu Saadiah mampu membaiki hingga enam komputer riba sehari bergantung tahap kerosakan. Kebiasaannya khidmat ini akan dikenakan caj RM150 hingga RM300, namun saya anggap ini usaha kecil kami bagi meringankan beban mangsa banjir," katanya.

Siswazah jurusan Kejuruteraan Perisian Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) itu juga berkata, kebanyakan mangsa banjir yang menghantar komputer riba untuk dibaiki datang dari Tumpat, Pasir Puteh dan juga Pasir Mas.

Perniagaan beroperasi setiap Ahad hingga Khamis dan buat masa ini, khidmat pembersihan komputer yang ditawarkan masih tidak mempunyai had waktu, memandangkan sesetengah mangsa banjir masih lagi terkandas

Khadijah turut menasihatkan sekiranya ada komputer riba mahupun komputer yang ditenggelami banjir agar tidak menghidupkan alat elektronik itu sebelum melakukan pembersihan menyeluruh, untuk mengelakkan kerosakan lebih teruk sekali gus tidak dapat digunakan lagi.

"Sekiranya tidak menghidupkan terlebih dahulu alat elektronik mereka sehingga pembersihan menyeluruh dilakukan, ia mempunyai potensi digunakan seperti sedia kala. Alhamdulillah setakat ini peralatan elektronik yang dihantar kepada saya dapat berfungsi semula dengan baik," katanya.

Image via @mumtaznetwork (TikTok)

Lihat perkongsian video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment