Warga Bangladesh Berkerjasama Memasak & Anjur Iftar Di Masjid Untuk Orang Ramai
Sikap inilah patut dicontohi semua masyarakat.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Tidak semua warga asing yang tinggal di Malaysia ini bersikap negatif
Ramai saja yang baik hati dan membantu masyarakat di Malaysia ini sebenarnya. Hal itu telah dibuktikan oleh mereka selepas memasak dan menganjurkan iftar di Masjid Al-Azim Taman Semarak.
Difahamkan, ini adalah tahun ketiga masjid berkenaan memberi peluang kepada komuniti warga asing beragama Islam yang tinggal di Flat Taman Semarak untuk mengadakan majlis berbuka puasa.
Image via Sinar Harian
Kumpul dana sendiri dan bergotong-royong
Apa yang lebih menarik lagi, majoriti warga Bangladesh ini mengumpul dana mereka sendiri untuk menyediakan juadah berbuka puasa yang dimasak bersama.
Ia dijamu lebih kurang 500 jemaah yang datang termasuklah warga tempatan. Jika sebelum ini hanya pada hari Ahad dibenarkan, tetapi kini ditambah kepada Sabtu.
Image via Sinar Harian
Menurut pengerusi masjid, Md Fakarudin Ab Rahman, kebenaran itu bukan bermaksud pihaknya membenarkan warga asing berbuat sesuka hati.
"Jadi tiada istilah mereka ambil alih masjid kerana semuanya dalam kawalan kita dan mereka juga ikut setiap peraturan serta prosedur yang kita tetapkan terutama membabitkan soal kebersihan," katanya kepada Sinar Harian.
Tambahnya, mereka perlulah memasak dan menyediakannya di masjid, bukannya dibawa dari rumah. Ia bagi memudahkan pihak masjid membuat pemantauan.
Image via Sinar Harian
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment