Warganet Puji AJK Masjid Bagi Bantal Untuk Jemaah Baring - "Rehat Pun Ibadah"
Kadang-kadang kita cuma nak berehat kejap je.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Selain beribadah, masjid juga ada kalanya menjadi tempat segelintir jemaah untuk berehat dan tidur sebentar
Mungkin kepenatan seharian bekerja, selepas solat kita mahu lelapkan mata sekejap. Betul tak? Tidak dinafikan, memang ada masjid yang melarang jemaah tidur di dalamnya kerana dianggap tidak sopan.
Namun, lain pula dengan video tular ini apabila seorang lelaki memberikan bantal buat beberapa orang jemaah yang sedang berehat di masjid telah mencuri tumpuan ramai.
Image via @ricxxxkiddo (X)
Menerusi video berdurasi 22 saat itu, kelihatan beberapa orang jemaah sedang baring dan berehat di dalam masjid tersebut.
Tidak lama kemudian, tiba-tiba seorang lelaki masuk sambil membawa beberapa bantal dan menghulurkan kepada mereka.
Tindakannya itu dianggap murni kerana ingin memberikan keselesaan kepada jemaah yang sedang berehat.
Image via @ricxxxkiddo (X)
"Mereka tengah buat ibadah, kenapa perlu larang. Pandai AJK masjid ambil peluang dapat saham akhirat" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 887.6K views dan 11K likes di laman X, rata-rata warganet memuji tindakan lelaki itu.
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Image via @ricxxxkiddo (X)
Lihat video itu di bawah:
Mungkin dia kesian tengok orang baring tak berlapik. Terima kasih orang baik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment