seismik

Amar Baharin Dedah Tanah Keluarganya Dipindah Milik PTG Selangor Tanpa Pengetahuan

"Macam mana 1 bidang tanah boleh ada 2 geran berbeza?" - Amar Baharin.

Cover image via Harian Metro & Pejabat Tanah Dan Galian Negeri Selangor (LinkedIn)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pelakon, Amar Baharin menuntut penjelasan daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor berkenaan kes tanah milik keluarganya yang terletak di Semenyih telah dikeluarkan geran oleh pihak berkenaan kepada orang lain secara tidak sah

Menurut laporan Berita Harian, kejadian itu disedari keluarga ketika arwah ayahnya masih hidup. Apabila meninjau kawasan tanah berkenaan untuk diusahakan, mereka terkejut setelah mendapati sebuah rumah sudah dibina di tanah tersebut.

Amar berkata, ibu dan arwah ayahnya kemudian pergi ke PTG Selangor untuk bertanyakan situasi berkenaan.

"Macam mana sebidang tanah boleh ada dua geran yang berbeza? Mak aku pun pergi la jumpa tuan tanah itu dan bertanya. Diringkaskan cerita, tuan tanah kata itu tanah dia, siap tunjuk geran (geran tampal) dan mak aku pun tunjuk geran asal yang mak aku pegang berpuluh tahun. Siap bayar cukai tanah," katanya.

Image via Harian Metro

Janji nak ganti tanah keluarga dengan tanah yang lain, tapi sampai sekarang masih belum ada jawapan

"Apabila ditanya mengenai update terbaru, staff pejabat tanah kata Selangor dah tak ada tanah kosong (untuk digantikan).

"Siapa yang meluluskan geran kedua untuk individu lain, sedangkan tanah milik keluarga aku ini belum dijual atau ditukar nama kepada sesiapa?

"Bayaran penjualan tanah itu diberi kepada siapa? Cukai tanah yang mak aku bayar tiap-tiap tahun itu macam mana?

"Adakah pihak satu lagi itu pun bayar cukai tanah yang sama? Semoga PTGS ada jawapan untuk setiap persoalan di atas,"
soalnya.

Amar menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya bertindak untuk menyelesaikan masalah yang mengelirukan rakyat

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, turut memberi reaksi kepada perkongsian pelakon itu menerusi Instagram dengan meminta beliau mengemukakan perincian berhubung perkara itu.

"DM detail (perincian) no geran dan lot, nanti saya siasat," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Selangor, Datuk Dr Yusri Zakariah berkata pihaknya mengambil maklum dakwaan terbabit dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu itu.

Lihat ciapan penuh di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: