"Ya, Dia Yang Pukul Diana Pada 2005" - Farid Kamil Buka Mulut Tentang Bekas Kekasih Isteri
Siapa lagi kan?
Baru-baru ini, kecoh satu Malaysia tentang pengarah filem terkenal Syamsul Yusof enggan menceraikan isterinya, Puteri Sarah Liyana
Mereka yang sudah setahun tidak berjumpa akhirnya bertemu di mahkamah syariah untuk menyelesaikan kes rumah tangga yang semakin rumit gara-gara isteri kedua Syamsul iaitu Ira Kazar.
Terbaru, Puteri Sarah Liyana mendedahkan secara ekslusif bahawa dirinya pernah dikasari oleh suaminya. Namun, perkara itu disimpan bertahun-tahun kerana tidak mahu aibkan Syamsul.
Dia dilihat sangat kecewa kerana tuntutan fail penceraian tidak dipersetujui oleh pihak di sebelah sana.
Image via Harian Metro
Farid Kamil tiba-tiba muat naik status di Instagram mengenai isterinya juga pernah dikasari oleh bekas kekasih
Suami kepada aktres Diana Danielle iaitu Farid Kamil pula muncul dengan beberapa status di akaun Instagram miliknya untuk ditujukan kepada individu sama yang pernah memukul isterinya.
Namun, tiada tindakan diambil ke atas dirinya walaupun laporan polis sudah dibuat dari tahun 2005 lagi.
Lihat status tersebut di bawah:
Image via @faridkamilz (Instagram)
Image via @faridkamilz (Instagram)
Image via @faridkamilz (Instagram)
Image via @faridkamilz (Instagram)
Kesan daripada peristiwa hitam itu, Diana Danielle dikatakan masih trauma sehingga sekarang. Apa-apa pun, semoga kebenaran berpihak kepada Puteri Sarah Liyana dan semuanya dapat diselesaikan dengan cepat.
Leave a comment