Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

'Human Calculator' Bikin Juri Terpukau Lagi, Kini Mara Ke Pentas Akhir Asia's Got Talent!

Untuk peringkat suku akhir, Yaashwin sekali lagi mengejutkan para juri AGT dengan persembahan yang jauh lebih mantap lagi gempak dari yang sebelumnya.

Cover image via YouTube Asia's Got Talent

Sebelum ini, seorang remaja dari Kuala Lumpur telah berjaya membuat juri-juri Asia's Got Talent tercengang dengan keupayaannya membuat kiraan matematik tanpa memerlukan khidmat kalkulator!

Image via YouTube Asia's Got Talent

Menggunakan gelaran 'Human Calculator' atau Manusia Kalkulator, Yaashwin Sarawanan telah mengejutkan David Foster, Anggun, dan Jay Park, dengan keupayaannya membuat pengiraan matematik secara congak.

Dalam persembahannya yang lalu, Yaaswin telah membekalkan David Foster dengan sebuah kalkulator bagi memastikan pengiraan yang bakal dibuat Yaashwin adalah tepat.

Image via YouTube Asia's Got Talent

Bermula dengan operasi tambah yang diikuti dengan operasi darab lalu bahagi, Yaashwin bukan sahaja berjaya membuat David Foster serta juri-juri yang lain seakan-akan tercengang di kerusi mereka bahkan penonton yang berada di dewan itu turut kagum dengan kebolehan remaja tersebut.

Image via YouTube Asia's Got Talent

Ternyata bakat yang diperoleh remaja berusia 15 tahun itu sangat hebat sehingga melayakkannya untuk bertanding ke peringkat suku akhir dalam rancangan realiti tersebut.

Untuk peringkat suku akhir, Yaashwin sekali lagi mengejutkan para juri AGT dengan persembahan yang jauh lebih mantap lagi gempak dari yang sebelumnya

Image via YouTube Asia's Got Talent

Dalam persembahan keduanya, Yaashwin telah menampilkan pendekatan yang berbeza dari sebelum ini. Kali ini, remaja tersebut turut menggunakan khidmat kedua-dua hos AGT iaitu Alan dan Justin demi menjayakan persembahannya itu.

Sepanjang persembahannya, Yaashwin telah menunjukkan beberapa kebolehan. Bermula dengan membuat pengiraan operasi tambah diikuti dengan operasi darab secara congak.

Image via YouTube Asia's Got Talent

Kemudian, Yaashwin meneruskan persembahannya dengan membuat pengiraan operasi tambah pada nombor 75 tanpa menggunakan kalkulator. Untuk menjadikan persembahannya lebih menarik, remaja itu menyelesaikan soalan matematik tersebut sambil 'bertanding' dengan sebuah kalkulator untuk lihat yang mana lebih pantas membuat kiraan dalam masa 30 saat, dia ataupun kalkulator.

Image via YouTube Asia's Got Talent

Yaashwin mengakhiri persembahannya dengan menutup mata sambil membuat pengiraan hasil operasi bahagi secara congak dengan sangat pantas sehinggakan ke bahagian nombor perpuluhan!

Image via YouTube Asia's Got Talent

Menurut salah seorang juri AGT iaitu Jay Park, walaupun dia seorang yang tidak meminati mata pelajar matematik, namun dia sangat teruja dan terhibur melihat persembahan dan kebolehan Yaashwin itu.

Image via YouTube Asia's Got Talent

Lihat persembahan penuh suku akhir Yaashwin di bawah:

Hebat, memang hebat!

Menerusi sistem pengundian penonton, Yaashwin Sarawanan kini berjaya untuk mara ke peringkat akhir Asia's Got Talent yang akan berlangsung pada 4 April ini di Marina Bay Sands, Singapura, sekali gus satu langkah lagi untuk mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD.

Syabas, Yaashwin Sarawanan!

Terus banggakan rakyat Malaysia di Asia's Got Talent!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lihat persembahan Yaashwin semasa peringkat audition yang lalu

Yaashwin juga bakal bersaing dengan Nama di AGT nanti

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment