seismik

'Nama' Cipta Nama Di Asia's Got Talent. Persembahan Superb, Terus Mara Ke Pusingan Akhir!

Nama bukan sahaja cantik dan bersuara emas, tapi paling penting, bertudung!

Cover image via YouTube Asia's Got Talent

Malaysia Boleh!

Sejarah tercipta apabila kumpulan Nama dari Malaysia telah dipilih sebagai Pilihan Juri dalam pusingan separuh akhir suku ke-3, untuk terus mara ke pusingan akhir Asia's Got Talent yang akan berlangsung di Marina Bay Sands, Singapura, pada 4 April ini.

Yang menjadikan ianya luar dari biasa ialah Nama dianggotai oleh 4 orang wanita berhijab sekali gus membuktikan Malaysia juga mempunyai bakat yang cukup istimewa dan cukup luar biasa.

Dalam pusingan separuh akhir tersebut, Nama yang terdiri daripada empat sekawan; Fazrina Ani, Fazyra Malik, Fara Dolhadi, dan Syamimi Mokhtar, telah menyanyikan lagu bertajuk Sax nyanyian Fleur East sambil disertai beberapa orang penari latar.

Persembahan yang penuh warna itu ternyata benar-benar mengagumkan dan berjaya memikat hati para juri AGT yang terdiri daripada produser muzik, David Foster, penyanyi antarabangsa, Anggun, dan artis popular Korea-Amerika, Jay Park.

Manakan tidak, anggota Nama bukan sahaja cantik dan bersuara emas, bahkan persembahan mereka juga penuh dengan tenaga beserta dengan koreografi yang tersusun.

Maka tidak hairanlah mereka dipilih untuk terus mara ke peringkat akhir, sekali gus bakal bertanding mendapatkan hadiah lumayan sebanyak $100,000 USD.

Lihat persembahan penuh separuh akhir Nama di bawah:

Kejayaan Nama sangat istimewa kerana sebelum ini, pada peringkat uji bakat, mereka tidak mendapat undian penuh dari para juri

Semasa peringkat uji bakat yang lalu, Nama yang membuat persembahan menyanyikan lagu Bad Romance daripada Lady Gaga hanya mampu mencuri perhatian Anggun dan Jay Park sahaja manakala David Foster menganggap persembahan yang ditunjukkan itu masih boleh diperbaiki.

Walaupun begitu, Nama masih mampu memikat hati para penononton yang berada di sana apabila mendapat standing ovation sejurus sebaik persembahan mereka selesai.

Meskipun tidak mendapat undian penuh dari juri, Nama tetap dipilih untuk bersaing dalam peringkat separuh akhir.

Persembahan mereka yang terkini ternyata berjaya apabila bukan sahaja David Foster, bahkan Anggun dan Jay Park turut terpukau dan masing-masing bersetuju bahawa persembahan mereka kali ini jauh lebih dari yang sebelumnya.

Boleh lihat persembahan uji bakat Nama di bawah:

Syabas Nama!

Make Malaysia (dan hijabis) proud, okay!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Nama bakal bersaing dengan Human Calculator pada peringat akhir AGT nanti!

Lihat juga persembahan Yaashwin Sarawanan pada sesi uji bakat

You may be interested in: