Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Lepas Ni Boleh Bagi Khinzir Pula" - Disindir Kerana Beri Anjing Makan, Ini Respon Yasin

Tak ada isu pun sebenarnya.

Cover image via Instagram @yasinsulaiman

Alahai, benda macam ini pun nak jadi isu

Orang Melayu Islam di Malaysia ini memang alergik betul dengan anjing dan khinzir, kan? Segala cerita tentang dua-dua haiwan ini mesti nak dijadikan isu besar, walaupun sebenarnya tak ada apa-apa masalah pun.

Image via Reddit

Ini salah satu contoh:

Baru-baru ini, penyanyi dan pendakwah Yasin Sulaiman memuat naik sekeping gambar di Instagram yang menunjukkan beliau sedang memberi makan kepada dua ekor anjing ketika sedang mendaki Bukit Tabur.

Di bahagian caption gambar itu tertulis:

"Sedang mendaki Bukit Tabur, sekumpulan anjing muncul dan menemani hingga ke puncak. Untuk itu saya bagi ganjaran tuna sandwich."

Image via Instagram @yasinsulaiman

Disebabkan Yasin adalah seorang Muslim dan dua ekor haiwan itu adalah anjing, maka muncullah netizen yang bijaksana dengan komen berbaur sindiran

"Alhamdulillah, lepas ni khinzir hutan pun boleh bagi makan macam tu. Sebab dia makhluk Allah jugak kan?"

Image via Instagram @yasinsulaiman

Di atas ini adalah salah satu sindiran yang diterima oleh Yasin dari seorang netizen.

Komen ini bagaimanapun telah dipadam oleh individu tersebut.

Persoalannya, apa masalah beri anjing makan?

Yang pasti, memberi makanan kepada haiwan adalah perbuatan yang jauh lebih mulia dan dirahmati di sisi Islam.

Yasin menerusi artikel Harian Metro berkata tidak ada apa pun yang perlu beliau risaukan kerana isu ini begitu remeh. Malah sebelum memuat naik gambar tersebut, beliau sempat meminta pendapat abangnya sama ada patut atau tidak untuk beliau kongsikan.

“Saya cuma memberi makan kepada anjing itu dan tidak menyentuhnya pun. Kejadian berlaku sewaktu saya dan abang mendaki Bukit Tabur pagi ini (10 Disember 2018).

“Mulanya kami terkejut apabila empat ekor anjing muncul tapi tak risau pun disebabkan haiwan berkenaan sangat mesra. Lebih menarik, haiwan itu mengekori kami naik sampai atas hinggalah turun bawah.

“Sewaktu menjamah roti yang kami bawa bersama, saya kongsikannya kepada haiwan itu. Haiwan itu pun nampak sangat gembira dapat makanan,” katanya.

"Bila fikir-fikirkan balik, buat apa saya nak risau sebab tak ada isu pun,” kata Yasin lagi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca lagi artikel tentang haiwan hanya di Seismik!

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment