Kucing Jalanan 'Curi' Nasi Bungkus Entah Siapa Lalu Beri Pada Gadis Ini Tanda Terima Kasih
Menurut Effy, kucing yang diberikan nama Mama itu telah menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan ini, dan sering membawa pulang 'hadiah'.
Siapa tidak sayang haiwan peliharaan? Selain dapat menemani ketika sunyi, haiwan tersebut juga turut menceriakan suasana dan amat menyeronokkan untuk dimain bersama.
Salah satu haiwan yang kerap dipelihara adalah kucing. Kucing adalah haiwan yang sangat comel dan disukai ramai kerana sifatnya yang jinak dan suka dibelai serta manja dengan manusia. Bukan itu sahaja, menjaga kucing juga tidaklah sukar kerana cara penjagaannya sangat mudah.
Walaupun terdapat ramai di luar sana yang sayangkan kucing, namun terdapat seblilangan sahaja individu yang sanggup menjaga, memelihara dan merawat bukan hanya kucing peliharaan, bahkan kucing jalanan turut dijaganya dengan rapi. Yang lebih mulia lagi, segala kos perbelanjaan kucing-kucing itu adalah di bawah tanggungan sendiri.
Salah seorang daripadanya ialah gadis bernama Effy ini.
Baru-baru ini, Effy telah berkongsikan kisah menarik tentang seekor kucing jalanan yang dijaganya sering membawa ‘hadiah’ pelik pulang ke rumah.
Menurut Effy, kucing yang diberikan nama Mama itu telah menjadi penjaga pada rumahnya sejak beberapa bulan yang lalu. Lebih menarik, Mama bukan sahaja rajin menjaga rumah tapi ia juga sering bawakan ‘hadiah’ untuk tuan rumah. Cuma yang berbeza kali ini adalah tuan rumah bertuah kerana mendapat bukan satu tapi dua nasi bungkus!
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai netizen yang berkongsikan kisah mereka dibawa hadiah oleh kucing jagaan masing-masing. Bukan itu sahaja, ada juga yang bertanyakan soalan sama ada Effy makan atau tidak nasi yang dihadiahkan kucing itu.
Melalui tweet yang sama, Effy telah menyatakan hasratnya untuk vaksin, groom dan neuter Mama namun tidak mempunyai budget yang mencukupi
Lanjutan daripada penularan tweet tersebut, terdapat seorang pengguna Twitter yang sanggup menanggung penuh kos pembiayaan Mama atas tujuan bersedekah kerana ingin berkahwin tidak lama lagi.
Buat yang belum mengetahui, Effy turut menyelenggara perniagaan cat hotel bernama Whims Cat Emporium di Kuantan, Pahang