Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Dari ‘Crush’ Terus Jadi Suami, Yuna Kongsi Foto Pertama Bersama Adam Sinclair Pada 2012!

Awhhhh!

Cover image via Instagram Yuna

Siapa tidak kenal Yuna?

Penyanyi kelahiran Alor Setar, Kedah, yang telah melakar nama di persada antarabangsa

Image via Google

Yuna, atau nama penuhnya Yunalis Zarai, sebelum ini telah beberapa kali melakar sejarahnya sendiri di luar negara apabila merakamkan lagu bersama penulis lagu dan penyanyi R&B terkenal Amerika Syarikat iaitu Usher menerusi lagu 'Crush'.

Selain itu, Yuna juga telah berkolaborasi dengan penyanyi G-Eazy menerusi dua lagu iaitu 'Lights and Camera' dan 'Blank Marquee'.

Image via Malaysia Tatler

Bukan itu sahaja, Yuna yang menetap di Amerika Syarikat juga pernah bekerjasama dengan komposer terkemuka seperti David Foster dan Pharrell Williams.

Semua juga sudah sedia maklum bahawa Yuna telah pun mendirikan rumah tangga bersama pasangannya, Adam Sinclair, pada 26 Januari 2018 dalam sebuah majlis di Puncak Rimba, Bentong, Pahang. 

Image via Malay Mail

Baru-baru ini, menerusi laman Instagram, Yuna telah berkongsikan gambar pertama yang diambil bersama Adam pada tahun 2012

Dalam postingnya itu, Yuna telah memuat naik beberapa keping gambar kenangan bersama Adam dari bermulanya rasa suka sehinggalah kini mereka bergelar suami isteri.

“Perkenalan pertama kita adalah pada tahun 2012 dimana kita berhubung. Dua tahun kemudian kita bertemu lagi dan saya tanya bila kita nak pegi minum kopi.

“Saya suka bekerja dengan awak, ibu bapa dan teman-teman saya suka awak.

Image via Instagram Yuna

“Alhamdulillah, semoga tahun 2020 hidup kita lebih diberkati. Gambar terakhir adalah gambar pertama kita ketika sesi fotografi Samsung. Saya sangat malu sampai tak tahu nak posing macam mana sebab saya sangat suka pada awak,” tulis Yuna dalam ruangan caption.

Di samping berkongsi perkenalan pertama, Yuna turut melahirkan ucapan penghargaan kepada suaminya di atas sokongan yang tidak pernah putus. 

Cute-nya!

Semoga Yuna dan Adam Sinclair sentiasa bahagia dan kekal bersama selama-lamanya.

Image via Giphy

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lawak pula orang samakan Yuna dengan kek lapis Sarawak!

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment