[GAMBAR] Yuna Dedah 6 Jenis Gaun Yang Digunakan Sepanjang Majlis Perkahwinan. Cantiknya!

Semuanya cantik-cantik belaka!

Perkahwinan seorang penyanyi tersohor iaitu Yunalis Zarai dengan pasangannya Adam Sinclair telah mencipta fenomena apabila konsep majlisnya dikatakan lain daripada yang lain

Bercakap tentang majlis perkahwinan, semua orang menginginkan sebuah majlis yang merupakan impian mereka. Sama juga seperti Yuna dan pasangan, Adam Sinclair, mereka memilih sebuah majlis perkahwinan yang berkonsepkan garden wedding.

Tetamu yang hadir sangat teruja dengan majlis yang mempunyai pemandangan breath-taking. Bukan itu sahaja, ramai juga yang memuji gaun yang dipilih oleh Yuna.

Terbaru, Yuna melalui laman web miliknya telah mendedahkan 6 jenis gaun berbeza yang dipakai ketika majlis perkahwinannya. Memang sangat gorgeous!

1. The Lehenga

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

"Perkara pertama dalam senarai saya adalah untuk mendapatkan lehenga untuk malam henna saya. Saya mahukan pesta malam henna yang menyeronokkan sebelum majlis perkahwinan jadi saya bertekad untuk mencari lehenga, gaun indian tradisional dengan coli dan skirt yang dibasahi. Jadi saya Google Lehenga yang ada di Los Angeles dan mendapati bahawa kedai lehenga terdekat berada di bandar ini yang disebut Artesia seperti Little India," kata Yuna.

2. The Akad Dress

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Menurut Yuna, gaun untuk majlis perkahwinan beliau adalah cerita yang berbeza. Beliau menelan masa selama berbulan-bulan untuk mendapatkan gaun perkahwinan yang terbaik melalui Pinterest.

Yuna juga berkata beliau mahu memakai gaya tudung turban dengan beberapa elemen bunga tanpa membuat fesyen itu kelihatan pelik. Dan pada hari itu, beliau menyuruh seorang pereka fesyen iaitu Hatta Dolmat untuk menjahitkan beberapa bunga orkid putih yang segar di belakang turban untuk menjadikannya lebih menarik.

Ternyata, ia tidak kelihatan pelik! Sekurang-kurangnya saya menyukainya dan fesyen itu sepadan dengan lokasi majlis perkahwinannya iaitu di hutan Puncak Rimba.

3.The Private Reception Dress

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Majlis resepsi tertutup hanya didatangi oleh beberapa tetamu yang hadir di majlis akad nikahnya pada hari itu. Pada mulanya beliau merancang untuk memakai pakaian yang sama untuk majlis makan malam. Namun, idea utama itu bertukar kerana beliau berfikiran untuk membuat satu lagi gaun yang lebih kasual seperti maxi dress yang mudah dipakai.

4. The Press Conference Dress

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Untuk gaun ini pula, Yuna mengatakan beliau telah berjumpa dengan salah seorang daripada pereka fesyen iaitu Ashley daripada Olivia Couture untuk membincangkan tentang gaun yang bakal dipakai ketika acara Press Conference. Menurut Yuna, Ashley mempunyai koleksi gaun yang sangat cantik dan teruja dengan hasil kerjanya.

Ashley juga telah membuatkan gaun yang sangat sempurna untuk dipakai oleh Yuna ketika sidang akhbar yang lebih santai dan menyeronokkan untuk memberitahu kepada akhbar bahawa beliau telah berkahwin dengan pasangan pilihan hati.

5. The Main Reception Dress

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Untuk gaun majlis resepsi sebenar yang telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre pula, beliau berkata pada mulanya ingin memilih sesuatu yang melambangkan pakaian tradisional melayu. Beliau juga telah memikirkan tentang elemen ini selama berbulan-bulan.

Gaun istimewa ini juga telah direka oleh pereka fesyen ternama iaitu Hatta Dolmat.

6. The English Wedding Dress

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Image via Yunazarai.com

Untuk busana yang terakhir, Adam menginginkan sebuah majlis yang berkonsepkan English untuk menghargai asal-usulnya kerana bapanya berasal dari Lancashire. Yuna juga mengatakan beliau tidak memilih untuk memakai sesuatu yang berwarna putih dan telah menyukai gaun yang berwarna Pink kerana gaun itu mengingatkan beliau oleh Elie Saab iaitu seorang pereka fesyen ternama.

Fuhhhh, cantiknya! Siapa yang nak kahwin tak lama lagi tu. Bolehlah ambil inspirasi daripada busana Yuna! ;)

Image via Gifycat

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Leave a comment