Pelakon Indonesia Asmara Abigail Akui Ayam Gepuk Malaysia Lebih Sedap

Difahamkan, selebriti itu gemar datang ke Malaysia kerana dapat luang masa bersama rakan-rakan.

Enlarge text
Cover ImageCover image via Berita Harian & Threads

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pelakon Indonesia, Asmara Abigail menyatakan ayam gepuk popular di Malaysia lebih sedap dari negara asalnya

Dilaporkan oleh Berita Harian, Asmara atau nama sebenar Asmara Abigail Sumiskum, 34, mengatakan Malaysia adalah rumah keduanya berikutan dia selalu datang ke ibu kota atas urusan kerja.

"Saya suka makan ayam gepuk Malaysia. Walaupun ayam gepuk makanan yang berasal dari Indonesia, tetapi Malaysia menghasilkan ayam gepuk yang lebih sedap," katanya.

Kenyataan ini dibuat oleh Asmara ketika ditemui di majlis tayangan perdanan filem Peluru Senja (The Ghost and The Gun) di GSC Lalaport.

SAYS.com
Image via OHBULAN!

Suka datang ke Malaysia kerana dapat luang masa bersama rakan

Asmara menambah, dia sangat suka datang ke Malaysia kerana dapat meluangkan masa bersama rakan-rakannya di ibu kota.

"Selain bekerja, saya datang ke sini untuk jumpa kawan-kawan di Kuala Lumpur kerana sangat meriah dan 'hidup'. Saya sukakan pemandangan di sini. Saya boleh berjalan kaki dan menggunakan pengangkutan awam dengan mudah.

"Sebagai seorang yang datang dari Jakarta, perkara seperti ini membuatkan saya berharap agar kerajaan kami dapat melakukan perkara yang sama untuk negara kami. Saya sangat sukakan Malaysia,"
katanya lagi.

SAYS.com
Image via Kosmo

Asmara juga turut berkongsi cabaran perlu bertutur dalam dialek Pahang setelah berlakon sebagai Siti dalam filem terbarunya itu.

"Dalam filem ini saya memegang watak sebagai Siti. Cabaran utama saya adalah untuk bertutur dalam dialek Pahang.

"Sangat susah sebenarnya. Saya ambil masa selama dua bulan untuk belajar. Tetapi saya dibantu oleh dua rakan pelakon dari Malaysia iaitu Hazman Al Idrus dan Fabian Loo,"
katanya.

SAYS.com
Image via @rekomen_filem (Instagram)

Filem Peluru Senja turut dibintangi oleh Hazman Al-Idrus, Fabian Loo dan Brett Tutor.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS

You may be interested in: