Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ziana Zain Kongsi Tips Kekal Relevan Dalam Industri - "Penampilan & Rupa Paling Penting"

Menurutnya, kedua-dua faktor itu perlulah bergerak seiring.

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Juri tetap Calpis Soda One In A Million (OIAM), Ziana Zain menegaskan bahawa untuk menjadi seorang penyanyi yang relevan dalam industri muzik, setiap peserta perlulah mempunyai penampilan menarik

Menurut Ziana dalam sidang media selepas berakhirnya konsert minggu pertama OIAM tersebut, beliau menekankan aspek penjagaan penampilan kepada semua peserta yang bertanding.

"How you present yourself as a singer, macam mana awak berjalan, bercakap. Perkara itu yang akan membuat orang terpikat. Benda tu sangat-sangat penting.

"Ramai orang menyanyi bagus, tapi bila tak ada penampilan, tak adalah maknanya. Bukan kita pandang mereka sebelah mata, tapi mereka kena work towards it. Kalau suara dah bagus, mungkin kena polish imej pula," katanya.

Image via Dania Hamdan (Seismik)

Kalau pergi styling, berat badan pun kena jaga untuk kekal cantik

Tambah Ziana lagi, berat badan juga perlulah maintain jika berjumpa dengan stylist. "Betapa pentingnya imej di samping bakat. Dua ni kena selari.

"Dari penjurian pun saya tengok penampilan mereka. Ada beberapa peserta saya tegur. Kalau awak tanya kenapa penyanyi lama boleh bertahan, ia adalah sebab dua perkara ni.

"Kalau tak jaga penampilan dan suara, saingan dekat depan lagi besar. Setiap minit, setiap saat orang nak jadi penyanyi,"
kongsinya.

Image via Dania Hamdan (Seismik)

Jangan lepaskan peluang untuk menonton konsert mingguan Calpis Soda OIAM setiap hari Ahad, jam 9.00 malam hanya di TV3!

Ikuti @TV3Malaysia di semua platform media sosial untuk perkembangan terkini dan sertai kemeriahan Calpis Soda One In A Million. 

Rasai debaran dan nikmati gabungan hiburan terbaik serta kesegaran yang tiada tandingan bersama Calpis Soda, soda susu kultur pilihan utama anda musim ini!

Layari Facebook dan Instagram Calpis Soda sekarang untuk maklumat lanjut tentang promosi hebat dan peluang menyertai kejutan mingguan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment