seismik

Kapal & Tanah Di Langkawi Bukan Dari Hasil 'Cuci Duit', Isteri Bantu Urus Kewangan - Black

Setiap orang rezeki lain-lain.

Cover image via @affendyjailani (X)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, penyanyi, Black Hanifah berkongsi bagaimana beliau boleh memiliki tanah dan kapal di Langkawi telah mencuri perhatian ramai

Menerusi podcast Bukak Mulut yang dimuat naik di TikTok @affendyjailani, Black atau nama sebenarnya Hanifah Muhammad Hanafiah menjelaskan tentang cara beliau menguruskan perbelanjaan dan simpanan hasil dari kemenangan di program Mentor.

Menurut Black, ketika lagu-lagu hits miliknya semakin popular, beliau sering mendapat jemputan persembahan setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad selama beberapa tahun.

"Saya menang Mentor dapat RM100,000 dan sebuah kereta. Kereta saya bagi kepada ayah saya, dan RM100,000 itu saya simpan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).

"Saya nak beli kereta, tapi ayah saya kata jangan. Dia suruh saya beli rumah dahulu. Saya beli rumah dengan harga RM248,000 dan rumah itu saya bagi mak ayah saya tinggal," katanya.

Penyanyi lagu popular Teman Pengganti itu turut mendedahkan bahawa selepas berkahwin, isterinya banyak membantu menguruskan kewangan dan simpanan mereka.

"Hujung 2012 saya berkahwin dan beli sebuah lagi rumah. Saya sebenarnya seorang yang boros, tapi isteri saya tolong uruskan duit-duit show saya.

"Hasil simpanan itu, saya berjaya beli rumah ketiga. Saya bukan jenis nak beli Lamborghini, tapi saya lebih memilih untuk masa depan, mengumpul harta dahulu," katanya lagi.

Nafi dakwaan penggubahan wang haram atau cuci duit

Black pernah terpalit dengan kontroversi dan kes penggubahan wang haram apabila tular videonya yang memaparkan kapal di Pulau Langkawi.

Ramai mula mengeluarkan spekulasi tentang sumber kewangannya dan mempersoalkan kemampuan Black untuk memiliki kapal mewah berkenaan.

Walau bagaimanapun, Black menafikan dakwaan bahawa kekayaannya adalah hasil daripada aktiviti penggubahan wang haram. Menurutnya, segala harta termasuk tanah dan kapal di Pulau Langkawi adalah daripada hasil kerja kerasnya sendiri.

"Mak saya nak sebuah rumah di kampung, jadi saya buat rumah di sana dan jual rumah pertama saya dengan harga RM600,000.

"Kemudian, duit itu saya simpan. Ingat saya ni boros sangat ke? Saya ada duitlah. Mana nak cuci duit itu? Nak ambil duit dari mana? Siapa nak bagi duit kalau bukan kita sendiri yang usahakan," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: